BELAJAR BIJAK! Oh mudahnya komsas.
Berdasarkan pelarasan tahun lepas, bagi murid Tingkatan 2, soalan bahagian KOMSAS hanya tertumpu kepada sinopsis, tema, dan persoalan, nilai dan pengajaran novel.
Jadi, dalam entri kali ini, cikgu akan fokuskan kepada tiga subtopik ini sahaja, yang sangat sesuai untuk ulang kaji peperiksaan nanti.
📌 Nota penuh bagi bahagian lain akan cikgu kongsikan dalam entri yang seterusnya ya.
Pada kali ini, cikgu akan perkenalkan formula mudah iaitu: "Aku tahu satu, aku tahu semua."
Maksudnya, dengan menguasai satu perkara, kamu sebenarnya boleh faham dan jawab semua bahagian penting, terutamanya persoalan, nilai, pengajaran dan tema.
Jadi, murid hanya perlu pegang tiga subtopik utama yang senang difahami dan diingati.
Contohnya: kegigihan, kesabaran, dan kerajinan.
✅ Dengan tiga kata kunci ini, kamu boleh huraikan contoh dan dapat markah untuk pelbagai soalan KOMSAS.
Ingat, fokus pada yang mudah dan kuasai betul-betul!
Kerajinan
Kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya.
Kesabaran
Kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lain.
Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM.
Kegigihan
Kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup.
Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.
#Jika murid berjaya menguasai tiga nilai ini sahaja pun, murid sudah mampu menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Ini kerana nilai seperti kerajinan, kesabaran, dan kegigihan sering menjadi asas kepada persoalan, pengajaran, dan nilai murni.
Fokus pada yang mudah, tapi berkesan! Lihat di bawah ya cikgu tulis jawapan jika soalan tentang persoalan.
Persoalan
Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai persoalan.
Antara persoalannya ialah persoalan tentang rajin dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suaminya.
Seterusnya, persoalan tentang kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lain. Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.
Akhir sekali, persoalan kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.
Nilai
Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai nilai yang dapat kita contohi.
Antara nilai ialah nilai kerajinan dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suami.
Seterusnya, nilai kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lain. Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.
Akhir sekali, nilai kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.
---Untuk menjawab soalan nilai, murid mestilah menggunakan perkataan yang sesuai, biasanya dalam bentuk berimbuhan “ke...an”. Contohnya: kerajinan, kesabaran, kegigihan, keprihatinan. Namun, ada juga nilai yang tidak boleh ditambah imbuhan, seperti baik hati atau berani. Jadi, murid perlu faham maksud perkataan dan guna bentuk yang betul.
📌 Kesimpulannya:
Gunakan imbuhan “ke...an” jika sesuai, tapi jangan paksa tambah imbuhan pada perkataan yang memang tidak menggunakannya.
Pengajaran
Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita pelajari.
Antaranya, kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anak selepas kematian suaminya.
Seterusnya, kesabaran di mana kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lain. Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana beranggapan tidak mempunyai hadapan yang baik.
Akhir sekali, kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.
Haa, mudah kan?
Semoga anak-anak murid cikgu semua cemerlang dan berjaya skor markah penuh dalam peperiksaan nanti.
Ingat, kuasai yang asas, jawab dengan yakin! 💪📚✨