BELAJAR BIJAK! Oh mudahnya komsas.
Berdasarkan pelarasan tahun lepas, bagi murid Tingkatan 1, soalan bahagian KOMSAS hanya tertumpu kepada sinopsis, tema, dan persoalan novel.
Jadi, dalam entri kali ini, cikgu akan fokuskan kepada tiga subtopik ini sahaja, yang sangat sesuai untuk ulang kaji peperiksaan nanti.
📌 Nota penuh bagi bahagian lain akan cikgu kongsikan dalam entri yang seterusnya ya.
Anak-anak boleh jadikan nota ini sebagai rujukan.Klik pautan di bawah untuk mencetaknya sebagai persediaan akhir menghadapi peperiksaan.
https://drive.google.com/file/d/1yesRIxx5WXZoDRNpYHPQAkjDVjgWabZY/view?usp=drive_link
Di bawah ini, cikgu sertakan juga latihan sinopsis.
Novel Destinasi Impian karya Mohd. Ismail Sarbini mengisahkan
Johari, Azlina, dan Firdaus telah melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke
(1) __________. Tujuan mereka melakukan ekspedisi itu adalah untuk menyahut
cabaran datuk mereka dan melihat tanah air yang mereka secara lebih dekat.
Selain itu, Firdaus dan Johari mahu Firdaus menjadi seorang lelaki yang lasak
dan tidak manja seperti sebelum ini. Selama ini Firdaus yang selama ini
berperwatakan agak lembut serta menggemari kerja-kerja yang dilakukan oleh
perempuan terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. Namun, Firdaus menganggap
ekspedisi itu sebagai satu penyeksaan yang mengatakan abangnya, Firdaus kurang
kekelakian menyebabkan Firdaus sakit hati kepada mereka. Usikan datuk dengan
mengatakan bahawa kata-kata Azlina harus dianggap sebagai cabaran membuatkan
Firdaus menerima pelawaan sepupunya, Azlina yang menggemari sukan (2)
__________ untuk turut serta dalam ekspedisi itu.
Sepanjang perjalanan, mereka melalui sistem demokrasi. Sepanjang perjalanan
sejauh lebih (3) __________ km itu pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka
termasuk kerana Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Firdaus
yang tidak biasa itu menyebabkan sering kali tercetus konflik antara dia dengan
Azlina yang lasak. Azlina merasa serba salah susulan sindiran yang dilemparkan
terhadapnya. Meskipun begitu, Johari yang lebih matang sentiasa cuba
mendamaikan keadaan mereka.
Sementara itu, timbul pula insiden gajah melintasi ekspedisi itu. Ia
terpaksa berhenti apabila seekor anak gajah telah diculik oleh pemburu haram.
Datuk mereka meminta mereka meneruskan perjalanan manakala beliau akan
menyelamatkan anak gajah tersebut seorang diri. Mereka mula sedar akan
pentingnya menjaga khazanah (4) __________.
Datuk menceritakan kisah datuk mereka dan rakan-rakan ketika zaman perang.
Rakan-rakannya ramai yang terbunuh akibat dibom oleh pihak musuh. Khayalan
Firdaus seakan-akan dia telah dibom dan dikebumikan menyebabkan dia menjerit.
Keadaan itu menyebabkan ekspedisi itu ditangguhkan dan semua peserta tinggal di
kawasan khemah yang telah ditetapkan. Firdaus mengambil kesempatan itu untuk
meluahkan segala perasaannya kepada Azlina tentang perasaannya selama ini.
Firdaus sedih kerana tidak mempunyai ramai rakan disebabkan dia lebih gemar
menonton (5) __________. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang
ekspedisi ini, namun digagahi jua.
Perjalanan diteruskan dan mereka bersetuju untuk berehat beberapa kali,
mereka pun tiba di Pantai Morib yang didahului oleh Firdaus. Firdaus terkejut
kerana ketibaannya disambut oleh rakan-rakannya, Saazli, Moksin, Salim, Erma,
Azrina, dan Mazlinda. Dia berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut
berada di situ. Mereka tidak jadi (6) __________ wayang dan meraikan majlis
sambutan itu. Johari keluar dari khemah lalu Mazlinda kerana mahu menyambut
ketibaan Firdaus dan ibu bapa Mazlinda terpaksa keluar daerah. Firdaus (7)
__________ rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil
masa yang lama kerana Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak
memberitahu ketibaan Azlina dan Johari. Sementelah itu, Johari dan Azlina
disambut oleh rakan-rakan Johari yang sama-sama belajar di Universiti Putra
Malaysia dan mereka menginap di khemah berlainan yang agak jauh dari khemah
Firdaus. Disebabkan tidak mempercayai kata-kata Firdaus, Saazli dan Moksin
pergi berjumpa dengan Azlina.
Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Saazli dan Moksin
bertindak untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Firdaus pula
terus-menerus berbohong kepada Mazlinda dengan mengatakan dia pandai berenang.
Pada malamnya, Firdaus (8) __________ dirinya telah sesat di dalam laut dan
telah lemas ketika berenang. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus dan
membuatkan dia berasa takut. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin
bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu ikut bersama kerana dia ingin pulang
sendiri. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati untuk meninggalkan Firdaus
namun setelah (9) __________ oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal pulang
berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bersempadan, tiba-tiba
Firdaus terpeleset dan terkapai-kapai. Firdaus yang bercakap besar tidak tahu
(10) __________. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda telah pulih daripada demamnya
dan dia ingin bertemu Firdaus untuk memberikan diari milik sepupunya yang telah
meninggal dunia dan berada di hospital. Sebelum bersemuka, Mazlinda
berpura-pura lemas ingin menguji Firdaus. Firdaus sudah sedar akan dirinya yang
angkuh. Johari menasihati Firdaus bahawa Mazlinda memang ingin menguji Firdaus.
Firdaus berasa malu dan akhirnya sedar. Sewaktu rakan-rakannya memanggil
Firdaus untuk bergambar, Firdaus tidak mahu turut serta. Namun, dia teringat
akan nasihat Johari, lantas dia memberanikan dirinya untuk bangun dan ingin
menunjukkan mukanya. Firdaus mendekati mereka dan memberanikan dirinya untuk
memandang mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan