NOTA RINGKAS CERPEN ASAL PADI TINGKATAN 1
Sinopsis Ringkas (Hasil kerja murid)
Si Bongsu, anak
yatim piatu, tinggal bersama abangnya yang cacat. Mereka hanya mempunyai kolam
ikan selepas kesemua hartanya telah dicuri. Suatu hari, Si Bongsu mengikut tujuh puteri ke kayangan dan melihat padi
yang enak dan menguning seakan emas. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengambil padi turun ke bumi. Akhirnya, dia menyembunyikan padi dalam tumitnya dan membawanya pulang ke
bumi. Padi ditanam dan berhasil, manakala padi di kayangan pupus.
Tema
Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.
Si Bongsu
menunjukkan kebijaksanaan apabila menyorokkan beberapa butir padi ke dalam
luka di tumitnya supaya tidak dapat dikesan oleh empunya padi. Walaupun
masih kecil dan miskin, Si Bongsu berfikir secara licik dan kreatif demi
membantu kehidupan rakyat di bumi. Tindakannya membuktikan bahawa akal yang
tajam lebih berharga daripada kekuatan fizikal.
Contoh: Si
Bongsu sorok padi dalam luka di tumit → berjaya bawa balik ke bumi untuk ditanam
Persoalan
- Keberanian – Si Bongsu larikan diri
bawa padi turun ke bumi.
- Kebijaksanaan – Sembunyikan padi
dalam luka.
- Setia – Abang tunggu adik pulang dari kayangan.
- Patuh
– Si Tekuri ikut arahan si Empunya Padi.
- Pembohongan - Burung Pipit.
Watak & Perwatakan
- Si Bongsu – Bijak, berani, rajin, berpandangan jauh.
- Si Sulung – Setia, cacat, sabar.
- Empunya Padi – Berhati-hati, baik, cerdik.
- Burung Pipit – Licik, menipu.
- Si Tekuri – Patuh, tegas.
Plot
- Permulaan – Anak yatim piatu hidup susah.
- Perkembangan – Si Bongsu ke kayangan, jumpa padi.
- Klimaks – Menyorok padi, ditangkap, tinggal di
kayangan.
- Peleraian – Bawa balik padi, tanam di bumi, pipit
dibunuh.
Nilai Murni
- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka
- Bijak
- Gigih
- Setia
- Patuh
- Berani
Pengajaran
- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka
- Fikir sebelum bertindak.
- Patuh arahan pemimpin.
- Setia kepada keluarga.
- Rajin usaha demi masa depan.
Aktiviti
Murid perlu membawa beberapa gambar untuk dilabelkan untuk menulis kapsyen/ keterangan yang menarik pada gambar (watak). Aktivti ini sangat seronok kerana dapat lihat pelbagai idea yang menarik, humor. Di bawah cikgu kongsikan gambar tersebut. Hasil kerja murid tak sempat nak ambil gambar. Guru praktikal bahasa Melayu boleh lakukan ini. Bahkan guru lama pun boleh. Lagi baik beri gambar hitam putih, biar murid warnkan sendiri.
Latihan Sinopsis: Isi Tempat Kosong
Arahan:
Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat.
Cerita ini mengisahkan dua
orang adik-beradik yang masih kecil dan menjadi __________ piatu setelah
kematian ibu bapa mereka. Mereka
hidup dalam keadaan __________ kerana segala harta telah dicuri oleh orang
jahat. Satu-satunya peninggalan
ialah sebuah __________ ikan yang dijaga siang dan malam.
Anak
yang bongsu, iaitu Si Bongsu, telah melihat tujuh orang __________ sedang mandi
di kolam. Wanita-wanita itu berasal
dari __________. Si Bongsu kemudian mengikuti mereka ke sana. Di sana, dia ternampak benda berkilau seperti __________
yang sebenarnya ialah padi.
Si
Bongsu meminta sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi tetapi tidak
dibenarkan. Sebaliknya, dia hanya diberi __________ untuk merasa keenakannya.
Si Bongsu kemudian menyembunyikan segenggam padi di dalam __________ dan cuba
melarikan diri. Dia berjaya disekat dan mengalami __________ di tumit.
Namun,
empunya padi memaafkan Si Bongsu dan membenarkan dia tinggal dan menjaga
__________. Setelah beberapa lama, Si Bongsu mendapat akal dan menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam lukanya. Dia memohon izin pulang dan akhirnya
berjaya membawa padi ke bumi.
Padi
itu kemudian ditanam di bumi dan membuahkan hasil yang baik. Sebaliknya, padi
di __________ tidak lagi menjadi. Empunya padi menghantar burung pipit untuk
menyiasat, namun pipit berbohong. Burung __________ dihantar kemudian dan
mendapati pipit berbohong lalu membunuhnya. Itulah sebabnya __________ burung
pipit berada di tengkuknya.