Sabtu, 12 Julai 2025

Ringkasan Tingkatan 1-3 (BM Menengah Rendah)

Soalan Ringkasan (Bahagian C: Kertas 1 – Bahasa Melayu)

Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat soalan ringkasan pada Bahagian C.

Ringkasan merupakan antara soalan yang paling mudah jika dibandingkan dengan ulasan dan rumusan.

Markah penuh ialah 15 markah:

  • 10 markah untuk isi penting

  • 5 markah untuk aspek bahasa

Apa yang murid perlu lakukan?
  • Kenalpasti kata kunci (berhuruf tebal) contoh: faktor/kesan/punca dan lain-lain

  • Cari sekurang-kurangnya 5 isi penting daripada petikan. Jadi semasa baca petikan yang diberikan atau yang terdapat dalam soalan murid mesti baca, garis dan nomborkan isi penting tersebut.

  • Murid tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang diulang atau membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

  • Murid perlu menggunakan ayat sendiri, iaitu ayat yang tidak disalin bulat-bulat dari petikan. Ini bermaksud murid tidak boleh salin sepenuhnya ayat asal dari mula hingga akhir tanpa sebarang perubahan. Namun, guna ayat sendiri tidak semestinya murid perlu tukar semua perkataan. Cukup sekadar ubah susunan atau guna perkataan yang hampir sama maksudnya.

    Peringatan: Ayat yang diubah maksudnya sama, tetapi bentuk ayat berbeza – ini akan bantu dapat markah bahasa.

    Kalau murid rasa susah sangat, boleh sahaja salin ayat asal, asalkan sambung dengan penanda wacana

  • Sambung semua isi dengan penanda wacana yang sesuai

  • Tulis dalam satu perenggan

  • Untuk ringkasan tidak melebihi 100 patah perkataan.

Untuk membantu kamu menulis ringkasan dengan lebih berkesan, cikgu telah cipta satu alat bantu khas iaitu Jari Magik Ringkasan.
Jari ini akan memandu kamu supaya dapat mencantunkan isi-isi penting untuk menulis sebuah ringkasan. 

Templat menulis ringkasan

Ingat ya, murid tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri. Di bawah ini templat untuk menulis ringkasan. 

Rangka Ringkasan

 

    Antara ….…………………….(Kata tugasan) ialah /adalah ………………….(Isi pertama). Selain itu, ………………………………(Isi kedua). Seterusnya, ………………………………(Isi ketiga). Di samping itu, ………………..(Isi keempat). Akhir sekali, ………………….(Isi kelima)…......
                                                    
                                                                                                                                    (jumlah perkataan)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...