Sabtu, 12 Julai 2025

CERPEN ASAL PADI TINGKATAN 1

 NOTA RINGKAS CERPEN ASAL PADI TINGKATAN 1

Sinopsis Ringkas (Hasil kerja murid)

Si Bongsu, anak yatim piatu, tinggal bersama abangnya yang cacat. Mereka hanya mempunyai kolam ikan selepas kesemua hartanya telah dicuri. Suatu hari, Si Bongsu mengikut tujuh puteri ke kayangan dan melihat padi yang enak dan menguning seakan emas. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengambil padi turun ke bumi. Akhirnya, dia menyembunyikan padi dalam tumitnya dan membawanya pulang ke bumi. Padi ditanam dan berhasil, manakala padi di kayangan pupus.

Tema

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.

Si Bongsu menunjukkan kebijaksanaan apabila menyorokkan beberapa butir padi ke dalam luka di tumitnya supaya tidak dapat dikesan oleh empunya padi. Walaupun masih kecil dan miskin, Si Bongsu berfikir secara licik dan kreatif demi membantu kehidupan rakyat di bumi. Tindakannya membuktikan bahawa akal yang tajam lebih berharga daripada kekuatan fizikal.

Contoh: Si Bongsu sorok padi dalam luka di tumit → berjaya bawa balik ke bumi untuk ditanam

 Persoalan

  1. Keberanian – Si Bongsu larikan diri bawa padi turun ke bumi.
  2. Kebijaksanaan – Sembunyikan padi dalam luka.
  3. Setia – Abang tunggu adik pulang dari kayangan.
  4. Patuh – Si Tekuri ikut arahan si Empunya Padi.
  5. Pembohongan - Burung Pipit.

Watak & Perwatakan

  1. Si Bongsu – Bijak, berani, rajin, berpandangan jauh.
  2. Si Sulung – Setia, cacat, sabar.
  3. Empunya Padi – Berhati-hati, baik, cerdik.
  4. Burung Pipit – Licik, menipu.
  5. Si Tekuri – Patuh, tegas.

Plot

  1. Permulaan – Anak yatim piatu hidup susah.
  2. Perkembangan – Si Bongsu ke kayangan, jumpa padi.
  3. Klimaks – Menyorok padi, ditangkap, tinggal di kayangan.
  4. Peleraian – Bawa balik padi, tanam di bumi, pipit dibunuh.

Nilai Murni

- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka

  1. Bijak
  2. Gigih
  3. Setia
  4. Patuh
  5. Berani

Pengajaran

- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka

  1. Fikir sebelum bertindak.
  2. Patuh arahan pemimpin.
  3. Setia kepada keluarga.
  4. Rajin usaha demi masa depan.
Aktiviti
Murid perlu membawa beberapa gambar untuk dilabelkan untuk menulis kapsyen/ keterangan yang menarik pada gambar (watak). Aktivti ini sangat seronok kerana dapat lihat pelbagai idea yang menarik, humor. Di bawah cikgu kongsikan gambar tersebut. Hasil kerja murid tak sempat nak ambil gambar. Guru praktikal bahasa Melayu  boleh lakukan ini. Bahkan guru lama pun boleh. Lagi baik beri gambar hitam putih, biar murid warnkan sendiri.




Latihan Sinopsis: Isi Tempat Kosong

Arahan: Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat.

Cerita ini mengisahkan dua orang adik-beradik yang masih kecil dan menjadi __________ piatu setelah kematian ibu bapa mereka. Mereka hidup dalam keadaan __________ kerana segala harta telah dicuri oleh orang jahat. Satu-satunya peninggalan ialah sebuah __________ ikan yang dijaga siang dan malam.

Anak yang bongsu, iaitu Si Bongsu, telah melihat tujuh orang __________ sedang mandi di kolam. Wanita-wanita itu berasal dari __________. Si Bongsu kemudian mengikuti mereka ke sana. Di sana, dia ternampak benda berkilau seperti __________ yang sebenarnya ialah padi.

Si Bongsu meminta sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi tetapi tidak dibenarkan. Sebaliknya, dia hanya diberi __________ untuk merasa keenakannya. Si Bongsu kemudian menyembunyikan segenggam padi di dalam __________ dan cuba melarikan diri. Dia berjaya disekat dan mengalami __________ di tumit.

Namun, empunya padi memaafkan Si Bongsu dan membenarkan dia tinggal dan menjaga __________. Setelah beberapa lama, Si Bongsu mendapat akal dan menyembunyikan beberapa butir padi di dalam lukanya. Dia memohon izin pulang dan akhirnya berjaya membawa padi ke bumi.

Padi itu kemudian ditanam di bumi dan membuahkan hasil yang baik. Sebaliknya, padi di __________ tidak lagi menjadi. Empunya padi menghantar burung pipit untuk menyiasat, namun pipit berbohong. Burung __________ dihantar kemudian dan mendapati pipit berbohong lalu membunuhnya. Itulah sebabnya __________ burung pipit berada di tengkuknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...