Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu Tingkatan 2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Melayu Tingkatan 2. Papar semua catatan

Isnin, 14 Julai 2025

CARA MENULIS KARANGAN MUDAH MENENGAH RENDAH TINGKATAN 1-3

 OH. Mudahnya menulis karangan!

Dengan menggunakan rangka ini, murid pasti dapat menghasilkan karangan yang mantap, teratur dan menepati kehendak soalan! 

 RANGKA YANG CIKGU SEDIAKAN:

📌 Pendahuluan:

  1. Ayat Tema

  2. Ayat Rangsangan

  3. Ayat Arahan

📌 Perenggan Isi:
Setiap perenggan ada:

  • Ayat Topik

  • Ayat Huraian

  • Ayat Contoh

  • Ayat Penegas

📌 Penutup:

  • Masukkan sebab/kesan

  • Sisipkan kata hubung

  • Ayat lengkap kesimpulan

RANGKA PENDAHULUAN KARANGAN

AYAT TEMA

 

AYAT RANGSANGAN

 

AYAT ARAHAN

 

 RANGKA MENULIS PERENGGAN KARANGAN

Perenggan 1

Ayat Topik

Antara __________________ ialah __________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ___________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,______________________________________________________

Ayat Penegas

Oleh itu,________________________________________________________

 Perenggan 2

Ayat Topik

Selain itu, __________________ ialah ________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ___________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,______________________________________________________

Ayat Penegas

Justeru,_________________________________________________________

 Perenggan 3

Ayat Topik

Seterusnya, ________________ ialah ___________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ______________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,_________________________________________________________

Ayat Penegas

Sesungguhnya,______________________________________________________

 Perenggan 4

Ayat Topik

Di samping itu, ________________ ialah ________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ______________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,_________________________________________________________

Ayat Penegas

Oleh itu,___________________________________________________________

 Penutup

 Kesimpulannya, _______(tema soalan)_________________ hendaklah/ mestilah _____________________ agar/ supaya dapat __________________.

*masukkan sebab/ Kesan. Sisipkan kata hubung

 MENULIS KARANGAN JADI MUDAH DENGAN RANGKA INI!

Hari ini cikgu dah kongsikan cara menulis karangan yang mudah, terutamanya untuk murid yang baru belajar menulis atau masih rasa susah nak kembangkan idea. Cikgu yakin, dengan adanya rangka ini, kamu semua boleh menulis dengan yakin dan skor markah tinggi dalam peperiksaan! 💯✍️

💡 Penting ke rangka?
✅ Ya, sangat penting!
✅ Rangka membantu kamu susun isi dengan teratur.
✅ Elak ‘tersasar’ dari tajuk.
✅ Bantu kamu tulis ayat penuh dan lengkap.
✅ Bila dah mahir, kamu boleh ubahsuai ikut kreativiti sendiri!

Rangka ini direka khas untuk:
✔️ Murid lemah – bantu bina keyakinan
✔️ Murid sederhana – bantu kukuhkan kemahiran menulis
✔️ Murid cemerlang – mantapkan lagi struktur penulisan

Kalau kamu ikut rangka ini satu per satu, cikgu yakin kamu semua boleh hasilkan karangan yang padu! 

Ingatlah, kejayaan tidak akan datang kepada mereka yang malas.

Berusahalah hari ini, demi masa depan yang lebih gemilang. Selamat belajar ~


Sabtu, 12 Julai 2025

NOVEL MENITI IMPIAN TINGKATAN 2 (MENUJU PEPERIKSAAN)

 BELAJAR BIJAK! Oh mudahnya komsas.

Berdasarkan pelarasan tahun lepas, bagi murid Tingkatan 2, soalan bahagian KOMSAS hanya tertumpu kepada sinopsis, tema, dan persoalan, nilai dan pengajaran novel.

Jadi, dalam entri kali ini, cikgu akan fokuskan kepada tiga subtopik ini sahaja, yang sangat sesuai untuk ulang kaji peperiksaan nanti.

📌 Nota penuh bagi bahagian lain akan cikgu kongsikan dalam entri yang seterusnya ya.

Pada kali ini, cikgu akan perkenalkan formula mudah iaitu: "Aku tahu satu, aku tahu semua."

Maksudnya, dengan menguasai satu perkara, kamu sebenarnya boleh faham dan jawab semua bahagian penting, terutamanya persoalan, nilai, pengajaran dan tema.

Jadi, murid hanya perlu pegang tiga subtopik utama yang senang difahami dan diingati.
Contohnya: kegigihan, kesabaran, dan kerajinan.

Dengan tiga kata kunci ini, kamu boleh huraikan contoh dan dapat markah untuk pelbagai soalan KOMSAS.

Ingat, fokus pada yang mudah dan kuasai betul-betul!

Kerajinan
Kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya.

Kesabaran
Kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lain.
Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM.

Kegigihan
Kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup.
Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

#Jika murid berjaya menguasai tiga nilai ini sahaja pun, murid sudah mampu menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Ini kerana nilai seperti kerajinan, kesabaran, dan kegigihan sering menjadi asas kepada persoalan, pengajaran, dan nilai murni.

Fokus pada yang mudah, tapi berkesan! Lihat di bawah ya cikgu tulis jawapan jika soalan tentang persoalan. 

Persoalan

    Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai persoalan.

    Antara persoalannya ialah persoalan tentang rajin dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suaminya.

    Seterusnya, persoalan tentang kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.

    Akhir sekali, persoalan kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

Nilai

     Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai nilai yang dapat kita contohi.

      Antara nilai ialah nilai kerajinan dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suami.

    Seterusnya, nilai kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.

    Akhir sekali, nilai kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

---Untuk menjawab soalan nilai, murid mestilah menggunakan perkataan yang sesuai, biasanya dalam bentuk berimbuhan “ke...an”. Contohnya: kerajinan, kesabaran, kegigihan, keprihatinan. Namun, ada juga nilai yang tidak boleh ditambah imbuhan, seperti baik hati atau berani. Jadi, murid perlu faham maksud perkataan dan guna bentuk yang betul.

📌 Kesimpulannya:

Gunakan imbuhan “ke...an” jika sesuai, tapi jangan paksa tambah imbuhan pada perkataan yang memang tidak menggunakannya.

Pengajaran

    Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita pelajari.

    Antaranya, kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anak selepas kematian suaminya.

    Seterusnya, kesabaran di mana kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana beranggapan tidak mempunyai hadapan yang baik. 

    Akhir sekali, kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.


Haa, mudah kan?

Semoga anak-anak murid cikgu semua cemerlang dan berjaya skor markah penuh dalam peperiksaan nanti.

Ingat, kuasai yang asas, jawab dengan yakin! 💪📚✨




Jumaat, 11 Julai 2025

KATA-KATA HIKMAT TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU

KATA-KATA HIKMAT (TINGKATAN 2)

Untuk perkongsian sebelum ini, cikgu telah kongsikan tentang Perbandingan Semacam bagi murid Tingkatan 1.

Kali ini, cikgu ingin maklumkan bahawa bagi murid Tingkatan 2, soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan ialah berkaitan Kata-kata Hikmat.

Kata-kata hikmat ialah ungkapan ringkas yang mengandungi nasihat, pengajaran, atau pedoman hidup. Biasanya bersifat padat, bernas, dan mudah diingati.

Bagi kata-kata hikmat ini dalam buku teks tingkatan 2 hanya 10, maka murid perlu tahu 10 sahaja. antara 10 ini sahaja akan di tanya. di bawah cikgu kongsikan contoh soalan ya.


Jelas ya? Inilah jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan bagi murid Tingkatan 2. 

Di bawah ini, cikgu akan kongsikan senarai kata-kata hikmat yang wajib kamu ketahui.




Kamu boleh gunakan senarai ini sebagai nota ulang kaji menjelang peperiksaan.

📚 Untuk guru-guru, senarai ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar (PdPc) di dalam kelas.

Semoga bermanfaat untuk semua! Cikgu ada senarai kata-kata hikmat, soalan dan latihan. Sebarang persoalan atau jika mahu soft copy, boleh komen  atau email cikgu di skshahirahkhalid@gmail.com

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...