Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Sambung Master. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman Sambung Master. Papar semua catatan

Isnin, 14 Julai 2025

Pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah

 Pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah UPSI, Tanjung Malim.

Hai, selamat malam korang!

Malam ni saya nak kongsi sedikit tentang pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah.

Kenapa sambung?
Sebab utama mestilah nak upgrade ilmu dalam bidang pedagogi. Nak beri yang terbaik untuk anak-anak murid. Tambahan pula, saya dapat pengecualian bayaran PTPTN (Alhamdulillah, kelas pertama masa degree tahun 2022). Jadi terasa rugi kalau tak sambung.

Lagi satu, waktu tu saya masih menunggu posting dan kebetulan ada sedikit simpanan dalam Tabung Haji. Hihi... sambung belajar tanpa pinjaman memang satu nikmat. 

Saya sambung di UPSI, tahun 2023 selepas hampir setahun konvo degree saya, juga di UPSI. Adoi, memang cinta betul dengan bumi bertuah ni. Selamanya anak kandung Suluh Budiman! Kalau ada rezeki sambung PhD nanti, insya-Allah akan kembali ke sini juga. Selamanya UPSI. 

Pengalaman?

Sumpah best! Saya dikelilingi oleh rakan guru yang sangat berpengalaman dan supportiveDalam kelas, vibes dia lain macam sebab penuh dengan sharing ilmu dan pengalaman sebenar di sekolah. Bayangkan, pensyarah ajar satu topik, lepas tu kawan guru senior bangun share pengalaman sendiri handle kes di sekolah. Saya yang guru baru ni rasa “Wow! Banyaknya benda aku tak tahu!” Hihi.

Pensyarah-pensyarah power

Nak sebut sikit antara pensyarah hebat yang banyak membimbing kami:

  • Prof. Nasir bin Masran

  • Dr. Nik Muhammad Hanis bin Nik Rekami

  • Prof. Ts. Dr. Mahizer bin Hamzah

  • Dr. Ramli bin Saadon

  • Dr. Hasnida

Semua sangat membantu dan sarat dengan ilmu. Kebanyakan pensyarah di UPSI memang bekas guru jadi mereka faham betul situasi sebenar kita di sekolah. Perkongsian mereka berdasarkan pengalaman tu yang best.

Kajian Tindakan

Untuk program Mod Cuti Sekolah ni, saya buat kajian tindakan.
Alhamdulillah, supervisor sangat membantu dan akhirnya kajian siap dengan jayanya! 

 Nak sambung belajar juga ke?

Kalau tanya saya, YES! Sambunglah.
Yuran sekitar RM1500 satu semester, dan boleh bayar ansuran. Sangat berbaloi untuk ilmu dan pengalaman yang kita dapat. Untuk saya baru bekerja dan posting struggle jugalah saving bulanan untuk bayar yuran tapi syukur. Berjaya selesaikan hingga habis.

Dan walaupun usia rasa macam “tua” sikit (baru 26–27 je pun hehe), sebenarnya pengalaman belajar dengan rakan guru senior sangat membuka mata.
Luar biasa!

Macam mana dengan masa & komitmen belajar?

Kebiasaannya, kelas tak ganggu waktu persekolahan pun.
Cuma ada tugasan, forum online, dan pembentangan yang diberi dalam tempoh tertentu. Pandai-pandailah kita urus masa insya-Allah semuanya boleh siap tepat pada waktunya.

Tapi ya, kena korbankan waktu cuti sekolah sebab masa tu lah kelas intensif dijalankan. Kita akan "berkampung" di Tanjong Malim untuk beberapa minggu.

Penginapan? Jangan risau.
✔️ Ada banyak homestay & hotel sekitar Tanjong Malim
✔️ Ada juga hotel dalam kampus UPSI
✔️ Saya sendiri tinggal di KL, ada juga rakan-rakan yang ulang-alik KL–TM setiap hari. Tapi kalau nak mudah, menyewa di sana sepanjang tempoh kelas memang lebih selesa dan fokus.

Sambung belajar bukan untuk dapat sijil semata-mata, tapi untuk upgrade diri sebagai pendidik. Ilmu yang kita dapat boleh terus digunakan dalam PdP, dan keyakinan kita sebagai guru pun makin meningkat.

Kalau ada rezeki dan peluang teruskan belajar ya cikgu-cikgu sekalian.
Kita belajar bukan sebab tak pandai, tapi sebab kita nak jadi lebih baik daripada semalam.

Alhamdulillah, tamat sudah!

Saya selesai program Master Pendidikan Mod Cuti Sekolah dan menerima surat tamat belajar pada April lepas. Syukur atas segala nikmat dan kekuatan yang Allah beri sepanjang perjalanan ini. 🌸

Kepada cikgu-cikgu di luar sana, kalau ada peluang dan rezeki untuk sambung belajar, jom. Jom sabung belajar!
👉 Untuk tambah ilmu
👉 Untuk mantapkan amalan PdP
👉 Dan yang paling penting, untuk beri yang terbaik kepada anak-anak murid kita 💖

Belajar sambil bekerja memang mencabar, tapi sangat berbaloi.
Yang penting ada semangat, sokongan, dan pengurusan masa yang bijak.

Saya akan konvo pada hujung tahun ini. All the best korang.


DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...