Isnin, 14 Julai 2025

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

 

Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua!

Salam anak-anak murid cikgu,

Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian. Ingat pesan cikgu ya!

Pegang satu, dapat semua!

Maksudnya, bila kamu kuasai satu aspek, contohnya nilai, kamu juga sebenarnya dah kuasai pengajaran, persoalan dan watak.
Inilah yang kita panggil study smart

📌 Bila kamu betul-betul kuasai satu nilai, kamu sebenarnya:

  • Faham watak yang berkaitan

  • Boleh kaitkan dengan persoalan dan pengajaran

  • Mudah jawab soalan KBAT, pemahaman & UPSA/peperiksaan

Jangan hafal semua, tapi faham satu, kuasai banyak! 

Aspek                     Nilai                 Pengajaran                 Persoalan                                     Watak
Kejujuran Bersikap jujur dan tidak berbohong. Kita mestilah jujur dan tidak berbohong. Persoalan tentang kejujuran. Contohnya, Firdaus berbohong kepada kawan-kawannya selepas berjaya mengayuh basikal sejauh 50 km. Firdaus
Keinsafan Insaf akan kesalahan yang dilakukan. Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah dilakukan. Persoalan tentang keinsafan. Firdaus mula sedar setelah hampir lemas di laut. Firdaus
Keberanian Berani menyahut cabaran. Kita hendaklah berani menyahut cabaran. Persoalan tentang keberanian. Contohnya, Johari menyahut cabaran datuknya menyertai ekspedisi 50 km. Johari, Azlina, Firdaus
Simpati Bersimpati terhadap orang lain. Kita harus bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan. Persoalan tentang simpati. Contohnya, Johari membantu Azlina. Johari
Ketabahan Tabah menghadapi dugaan. Kita perlu tabah dalam menghadapi dugaan. Persoalan tentang ketabahan. Contohnya, Johari dan Azlina cekal sepanjang ekspedisi. Johari, Azlina, Firdaus
Kebijaksanaan Bijaksana dalam membuat keputusan. Kita mestilah bijak membuat keputusan agar tidak menyesal di kemudian hari. Persoalan tentang kebijaksanaan. Contohnya, Mazlinda bijak berpura-pura lemas untuk menguji Firdaus. Johari, Mazlinda

Pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah

 Pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah UPSI, Tanjung Malim.

Hai, selamat malam korang!

Malam ni saya nak kongsi sedikit tentang pengalaman sambung belajar Master Mod Cuti Sekolah.

Kenapa sambung?
Sebab utama mestilah nak upgrade ilmu dalam bidang pedagogi. Nak beri yang terbaik untuk anak-anak murid. Tambahan pula, saya dapat pengecualian bayaran PTPTN (Alhamdulillah, kelas pertama masa degree tahun 2022). Jadi terasa rugi kalau tak sambung.

Lagi satu, waktu tu saya masih menunggu posting dan kebetulan ada sedikit simpanan dalam Tabung Haji. Hihi... sambung belajar tanpa pinjaman memang satu nikmat. 

Saya sambung di UPSI, tahun 2023 selepas hampir setahun konvo degree saya, juga di UPSI. Adoi, memang cinta betul dengan bumi bertuah ni. Selamanya anak kandung Suluh Budiman! Kalau ada rezeki sambung PhD nanti, insya-Allah akan kembali ke sini juga. Selamanya UPSI. 

Pengalaman?

Sumpah best! Saya dikelilingi oleh rakan guru yang sangat berpengalaman dan supportiveDalam kelas, vibes dia lain macam sebab penuh dengan sharing ilmu dan pengalaman sebenar di sekolah. Bayangkan, pensyarah ajar satu topik, lepas tu kawan guru senior bangun share pengalaman sendiri handle kes di sekolah. Saya yang guru baru ni rasa “Wow! Banyaknya benda aku tak tahu!” Hihi.

Pensyarah-pensyarah power

Nak sebut sikit antara pensyarah hebat yang banyak membimbing kami:

  • Prof. Nasir bin Masran

  • Dr. Nik Muhammad Hanis bin Nik Rekami

  • Prof. Ts. Dr. Mahizer bin Hamzah

  • Dr. Ramli bin Saadon

  • Dr. Hasnida

Semua sangat membantu dan sarat dengan ilmu. Kebanyakan pensyarah di UPSI memang bekas guru jadi mereka faham betul situasi sebenar kita di sekolah. Perkongsian mereka berdasarkan pengalaman tu yang best.

Kajian Tindakan

Untuk program Mod Cuti Sekolah ni, saya buat kajian tindakan.
Alhamdulillah, supervisor sangat membantu dan akhirnya kajian siap dengan jayanya! 

 Nak sambung belajar juga ke?

Kalau tanya saya, YES! Sambunglah.
Yuran sekitar RM1500 satu semester, dan boleh bayar ansuran. Sangat berbaloi untuk ilmu dan pengalaman yang kita dapat. Untuk saya baru bekerja dan posting struggle jugalah saving bulanan untuk bayar yuran tapi syukur. Berjaya selesaikan hingga habis.

Dan walaupun usia rasa macam “tua” sikit (baru 26–27 je pun hehe), sebenarnya pengalaman belajar dengan rakan guru senior sangat membuka mata.
Luar biasa!

Macam mana dengan masa & komitmen belajar?

Kebiasaannya, kelas tak ganggu waktu persekolahan pun.
Cuma ada tugasan, forum online, dan pembentangan yang diberi dalam tempoh tertentu. Pandai-pandailah kita urus masa insya-Allah semuanya boleh siap tepat pada waktunya.

Tapi ya, kena korbankan waktu cuti sekolah sebab masa tu lah kelas intensif dijalankan. Kita akan "berkampung" di Tanjong Malim untuk beberapa minggu.

Penginapan? Jangan risau.
✔️ Ada banyak homestay & hotel sekitar Tanjong Malim
✔️ Ada juga hotel dalam kampus UPSI
✔️ Saya sendiri tinggal di KL, ada juga rakan-rakan yang ulang-alik KL–TM setiap hari. Tapi kalau nak mudah, menyewa di sana sepanjang tempoh kelas memang lebih selesa dan fokus.

Sambung belajar bukan untuk dapat sijil semata-mata, tapi untuk upgrade diri sebagai pendidik. Ilmu yang kita dapat boleh terus digunakan dalam PdP, dan keyakinan kita sebagai guru pun makin meningkat.

Kalau ada rezeki dan peluang teruskan belajar ya cikgu-cikgu sekalian.
Kita belajar bukan sebab tak pandai, tapi sebab kita nak jadi lebih baik daripada semalam.

Alhamdulillah, tamat sudah!

Saya selesai program Master Pendidikan Mod Cuti Sekolah dan menerima surat tamat belajar pada April lepas. Syukur atas segala nikmat dan kekuatan yang Allah beri sepanjang perjalanan ini. 🌸

Kepada cikgu-cikgu di luar sana, kalau ada peluang dan rezeki untuk sambung belajar, jom. Jom sabung belajar!
👉 Untuk tambah ilmu
👉 Untuk mantapkan amalan PdP
👉 Dan yang paling penting, untuk beri yang terbaik kepada anak-anak murid kita 💖

Belajar sambil bekerja memang mencabar, tapi sangat berbaloi.
Yang penting ada semangat, sokongan, dan pengurusan masa yang bijak.

Saya akan konvo pada hujung tahun ini. All the best korang.


CARA MENULIS KARANGAN MUDAH MENENGAH RENDAH TINGKATAN 1-3

 OH. Mudahnya menulis karangan!

Dengan menggunakan rangka ini, murid pasti dapat menghasilkan karangan yang mantap, teratur dan menepati kehendak soalan! 

 RANGKA YANG CIKGU SEDIAKAN:

📌 Pendahuluan:

  1. Ayat Tema

  2. Ayat Rangsangan

  3. Ayat Arahan

📌 Perenggan Isi:
Setiap perenggan ada:

  • Ayat Topik

  • Ayat Huraian

  • Ayat Contoh

  • Ayat Penegas

📌 Penutup:

  • Masukkan sebab/kesan

  • Sisipkan kata hubung

  • Ayat lengkap kesimpulan

RANGKA PENDAHULUAN KARANGAN

AYAT TEMA

 

AYAT RANGSANGAN

 

AYAT ARAHAN

 

 RANGKA MENULIS PERENGGAN KARANGAN

Perenggan 1

Ayat Topik

Antara __________________ ialah __________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ___________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,______________________________________________________

Ayat Penegas

Oleh itu,________________________________________________________

 Perenggan 2

Ayat Topik

Selain itu, __________________ ialah ________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ___________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,______________________________________________________

Ayat Penegas

Justeru,_________________________________________________________

 Perenggan 3

Ayat Topik

Seterusnya, ________________ ialah ___________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ______________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,_________________________________________________________

Ayat Penegas

Sesungguhnya,______________________________________________________

 Perenggan 4

Ayat Topik

Di samping itu, ________________ ialah ________________________________

Ayat Huraian

Hal ini dikatakan demikian kerana, ______________________________________

Ayat Contoh

Contohnya,_________________________________________________________

Ayat Penegas

Oleh itu,___________________________________________________________

 Penutup

 Kesimpulannya, _______(tema soalan)_________________ hendaklah/ mestilah _____________________ agar/ supaya dapat __________________.

*masukkan sebab/ Kesan. Sisipkan kata hubung

 MENULIS KARANGAN JADI MUDAH DENGAN RANGKA INI!

Hari ini cikgu dah kongsikan cara menulis karangan yang mudah, terutamanya untuk murid yang baru belajar menulis atau masih rasa susah nak kembangkan idea. Cikgu yakin, dengan adanya rangka ini, kamu semua boleh menulis dengan yakin dan skor markah tinggi dalam peperiksaan! 💯✍️

💡 Penting ke rangka?
✅ Ya, sangat penting!
✅ Rangka membantu kamu susun isi dengan teratur.
✅ Elak ‘tersasar’ dari tajuk.
✅ Bantu kamu tulis ayat penuh dan lengkap.
✅ Bila dah mahir, kamu boleh ubahsuai ikut kreativiti sendiri!

Rangka ini direka khas untuk:
✔️ Murid lemah – bantu bina keyakinan
✔️ Murid sederhana – bantu kukuhkan kemahiran menulis
✔️ Murid cemerlang – mantapkan lagi struktur penulisan

Kalau kamu ikut rangka ini satu per satu, cikgu yakin kamu semua boleh hasilkan karangan yang padu! 

Ingatlah, kejayaan tidak akan datang kepada mereka yang malas.

Berusahalah hari ini, demi masa depan yang lebih gemilang. Selamat belajar ~


Ahad, 13 Julai 2025

Pengalaman Temuduga SPP 2023

 Pengalaman Temuduga SPP Guru Bahasa Melayu (2023) 

– Kisah Saya & Tips Jujur Buat Bakal Cikgu –

Assalamualaikum dan hai korang! 🌸
Lama sungguh blog ni sunyi, bersawang penuh habuk. Selepas dua tahun posting di sekolah, barulah sempat jenguk dan ‘cuci’ balik blog yang dah lama tak berupdate ni. Hihi 😅

Hari ni saya nak kongsi sikit pengalaman temuduga SPP saya tahun 2023, moga boleh jadi panduan dan penguat semangat buat korang yang bakal lalui sesi temuduga nanti.

Sebelum tu, saya kongsikan timeline hidup saya. Hihi

  • Sept 2022: Tamat belajar.

  • Disember 2022: Konvokesyen.

  • Februari 2023: Baru isi borang SPP.

  • Jun 2023: Dapat panggilan temuduga!

  • 6 November 2023: Alhamdulillah, keputusan temuduga BERJAYA!

  • 28 Disember 2023: Posting rasmi di sekolah pertama 🥹❤️

Temuduga Saya – Jam 11 Pagi, Masuk 12 Tengah Hari

Saya dapat sesi jam 11 pagi, tapi tak terus masuk ya. Kena tunggu giliran dan saya masuk ke bilik IV lebih kurang pukul 12 tengah hari. Ada 10 calon dalam satu bilik, dan 3 orang panel penemuduga.

Tips penting:
Panel akan tanya satu demi satu ikut giliran dari hujung ke hujung. Jangan menyampuk atau mencelah ya,  kecuali panel tunjuk terus dan sebut nama/cikgu, barulah boleh jawab.

Antara Soalan Yang Saya Ingat:

  1. Perkenalkan Diri – Nampak Basic, Tapi Sebenarnya Sangat Penting

    Sebelum temuduga, saya sempat sertai beberapa kelas persediaan — antaranya bersama Sir Moris, Sir Izwan, dan Prof. Dr. Rizuan Che Rus. Saya juga aktif ikut program yang dianjurkan oleh kelab di bawah persatuan UPSI, yang menjemput guru-guru yang telah berjaya dalam temuduga dan sudah posting. Banyak sangat input dan tips berguna yang saya dapat daripada mereka.

    Mungkin ini antara faktor yang membantu saya lulus temuduga SPP. Saya pilih untuk perkenalkan diri ikut gaya yang diajar oleh Prof Rizuan. Contohnya:

    “Kod diri 001. Nama saya Noorshahirah...”

    Menarik, kan? Lain daripada biasa. Dan ya, panel nampak lebih tertarik bila kita tonjolkan keyakinan dan kelainan semasa perkenalkan diri.

  2. Kenapa nak jadi cikgu? 

    Kenapa Nak Jadi Cikgu? – Soalan 'Wajib' Tapi Jangan Jawab Klise

    Soalan ni memang soalan wajib dalam temuduga SPP. Tapi... tolonglah jangan jawab semata-mata sebab minat. Terlalu klise, dan panel dah dengar beratus kali. Kalau nak beza dari calon lain, jawab dengan jujur, ikhlas, dan ada nilai diri.

    Contoh jawapan saya waktu tu:

    “Saya nak jadi guru kerana saya rasa inilah cara saya dapat berbakti kepada anak bangsa.
    Saya nak balas jasa kerajaan yang telah banyak membantu saya sejak kecil terutama dalam menyediakan pendidikan dan berkualiti.
    Dan bagi saya, menjadi guru adalah satu usaha untuk menyambung tugas Rasulullah SAW, iaitu menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan membentuk akhlak insan.”

  3. Pengalaman Semasa di Universiti – Jangan Jadi ‘Team PBSM’ Tau! 😂

    Waktu panel tanya tentang pengalaman di universiti, saya memang kongsikan penglibatan saya sepanjang belajar, bukan akademik semata-mata, tapi aktiviti luar kelas yang banyak membentuk keyakinan dan kemahiran diri.

    Saya pernah berlakon teater, aktif dalam pelbagai kelab dan persatuan, dan paling saya suka – sertai program sukarelawan. Bukan sekadar nak hias sijil, tapi dari situ saya belajar cara komunikasi, urus program, kerja dalam pasukan, dan bina empati.

    Nak pesan sikit kat adik-adik yang masih belajar:
    Jangan jadi ‘Team PBSM’ -Persatuan Balik Setiap Minggu- 🤭 (gurau je!). Tapi serius waktu universiti ni lah masa terbaik untuk serap pengalaman dan cari versi terbaik diri sendiri.

    Belajar tu penting, tapi penglibatan luar kuliah tu pun sangat-sangat bernilai, dan bila masuk temuduga nanti, semua ni akan jadi bahan cerita yang panel suka dengar (lagi-lagi kalau kita cerita dengan semangat!).

  4. Penyertaan dan penglibatan paling aktif di Uni kena ada isi sikit ya

  5. Subjek Temuduga – Jangan Datang Kosong Ya!

    Adik-adik yang bakal hadiri temuduga SPP nanti — pastikan tahu subjek apa yang korang mohon! Kalau mohon Sejarah, maka bersedialah dengan ilmu Sejarah. Kalau macam saya, Bahasa Melayu — maka kena bersedia topik-topik asas BM.

    Jangan datang dengan kepala kosong. Nampak remeh, tapi panel boleh tanya secara rawak. Dan ya, memang ada yang tergagap sebab tak jangka soalan berkenaan subjek.

    • Antara Soalan Subjek BM Yang Saya Terima:

      1. Kata tugas – Panel tanya secara terus, jadi kena tahu kategori dan contoh.

      2. Diftong – Jelaskan maksud, dan beri contoh.

      3. Berikan 2 peribahasa – Saya siap bagi dengan maksud.

      4. Cara menarik minat murid belajar KOMSAS
        – Masa ni saya kongsikan teknik saya sendiri:

        • Guna visual seperti peta pemikiran atau gambar bersiri

        • Lakonan pendek (role-play watak)

        • Guna gamifikasi / kuiz interaktif

        • Kaitkan dengan nilai murni yang dekat dengan jiwa murid

  6. Isu semasa?
    Masa sesi saya, tak ada sangat soalan isu semasa pendidikan... Tapi ada juga panel sebelah yang tanya tentang konsep MADANI. Untuk isu dunia pun tak ditanya. Tapi lain masa, lain panel, lain bilik makanya soalan tak sama. Tulah disebut pengalaman. 
    Saya pun lupa soalan apa, tapi waktu tu memang konsep MADANI baru diperkenalkan, jadi pastikan tahu sikit-sikit ya. Kawan yang tajaan KPM bulan Jun 2023 memang ramai ditanya tentang MADANI. Tapi sekarang sangat banyak isu pendidikan. Jadi, adik-adik kena peka isu pendidikan semasa, politik dan lain2. Penting juga tahu. 

  7. Simulasi Mengajar – Kena Bersedia, Tapi Mungkin Tak Kena

    Saya sendiri tak kena buat simulasi mengajar, mungkin sebab sesi saya dah masuk tengah hari. Tapi masa saya sertai kelas-kelas persediaan sebelum interview, memang ada calon yang kena.

    Jadi, nasihat saya walaupun tak semua kena, tetap kena bersedia. Sekurang-kurangnya ada satu RPH ringkas dalam fail, atau skrip pendek untuk 5-10 minit mengajar. Tak rugi pun. Masa temuduga UPSI 2018, saya kena buat simulasi mengajar pada waktu itu boleh katakan saya tak bersedia tetapi disebabkan selalu jadi guru muda di kelas, alhamdulilah ok je. Hihi. 

Fail Sangat Penting!

Saya bawa dua fail:

  • Fail peribadi (sijil-sijil, transkrip, resume dsb.)

  • Fail Latihan Mengajar (yang sangat berat & sangat lengkap, hihi 😅)

Panel akan semak fail semasa temuduga berlangsung. Mereka mungkin akan terpandang sijil atau penyertaan, dan boleh terus tanya soalan berdasarkan itu. Semasa semak tu, saya perasaan panel ada tick borang, borang warna merah jambu. 

Contoh:

“Cikgu ada terlibat dalam program XYZ ni, boleh kongsikan sedikit tentang program tersebut?”

So… jangan pandang rendah fail-fail ni. Susun elok-elok, letak label, dan tahu isi kandungan fail sendiri! Jangan sampai panel lebih tahu dari kita. 🙈

Jadi, selepas tamatnya LM adik-adik lengkapkan fail ya! Jangan campak ke dinding pulak fail. Fail tu mesti kemas, letak label barulah sejuk hati panel. Biar ada warna-warni gitu. Semua ni saya dapat dari perkongsian kelas Sir Moris, Sir Izwan dan Prof Rizuan Che Rus. Adik-adik mesti join. Saya berbulan-bulan join kelas mereka sangat membantu. Boleh search di FB, Tiktok. 

Tips Jujur Dari Saya:

  • Datang awal & bawa air/minyak cap kapak kalau jenis berdebar. 😆

  • Bawa fail lengkap dan kemas.

  • Tahu asas Bahasa Melayu (fonetik, peribahasa, tatabahasa).

  • Kalau tak tahu jawab, tenang dan senyum, jangan mereka-reka. Minta maaf pada panel, maaf saya tak pasti dan minta mereka untuk ajukan soalan lain. 

  • Paling penting - yakin, jujur, dan jadi diri sendiri.

  • Pakaian -Bab pakaian ni jangan pandang ringan ya. First impression tu penting sangat, walaupun kita datang temuduga guru — bukan masuk ratu cantik. Tapi penampilan yang kemas dan profesional memang boleh beri markah tambah secara tak langsung.

    Masa temuduga hari tu, saya pakai: Blazer + Baju Kurung, ikut nasihat Sir Moris.

    Dan jujur nak kongsi… saya beli baju tu pagi sebelum temuduga dekat kedai Hari-Hari je. Hihi 😅 Tapi janji nampak kemas, selesa dan yakin pakai! 

Di hujung temuduga juga, panel akan tanya. Ada soalan tak. Jadi, saya angkat tangan dan tanya. "Ada harapan tak kami semua nak lulus temuduga untuk jadi guru". Panel senyum dan jawab insyaAllah, dan ucapkan tahniah jika kami semua (10 orang) jika ada yang berjaya. Temuduga ni memang mendebarkan, tapi anggap ia satu pengalaman belajar. Tak kira berjaya atau belum, proses ni akan bentuk diri kita jadi lebih bersedia untuk dunia perguruan sebenar.

Semoga perkongsian saya ni bermanfaat buat semua bakal guru. Good luck & moga rezeki korang pun dipermudahkan 💪🌼

Mungkin ada part 2. Hihi. Ada pesanan panel yang sangat deep bagi saya. 



Sabtu, 12 Julai 2025

NOVEL MENITI IMPIAN TINGKATAN 2 (MENUJU PEPERIKSAAN)

 BELAJAR BIJAK! Oh mudahnya komsas.

Berdasarkan pelarasan tahun lepas, bagi murid Tingkatan 2, soalan bahagian KOMSAS hanya tertumpu kepada sinopsis, tema, dan persoalan, nilai dan pengajaran novel.

Jadi, dalam entri kali ini, cikgu akan fokuskan kepada tiga subtopik ini sahaja, yang sangat sesuai untuk ulang kaji peperiksaan nanti.

📌 Nota penuh bagi bahagian lain akan cikgu kongsikan dalam entri yang seterusnya ya.

Pada kali ini, cikgu akan perkenalkan formula mudah iaitu: "Aku tahu satu, aku tahu semua."

Maksudnya, dengan menguasai satu perkara, kamu sebenarnya boleh faham dan jawab semua bahagian penting, terutamanya persoalan, nilai, pengajaran dan tema.

Jadi, murid hanya perlu pegang tiga subtopik utama yang senang difahami dan diingati.
Contohnya: kegigihan, kesabaran, dan kerajinan.

Dengan tiga kata kunci ini, kamu boleh huraikan contoh dan dapat markah untuk pelbagai soalan KOMSAS.

Ingat, fokus pada yang mudah dan kuasai betul-betul!

Kerajinan
Kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.
Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya.

Kesabaran
Kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lain.
Contohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM.

Kegigihan
Kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup.
Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

#Jika murid berjaya menguasai tiga nilai ini sahaja pun, murid sudah mampu menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan. Ini kerana nilai seperti kerajinan, kesabaran, dan kegigihan sering menjadi asas kepada persoalan, pengajaran, dan nilai murni.

Fokus pada yang mudah, tapi berkesan! Lihat di bawah ya cikgu tulis jawapan jika soalan tentang persoalan. 

Persoalan

    Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai persoalan.

    Antara persoalannya ialah persoalan tentang rajin dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suaminya.

    Seterusnya, persoalan tentang kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.

    Akhir sekali, persoalan kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

Nilai

     Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai nilai yang dapat kita contohi.

      Antara nilai ialah nilai kerajinan dalam mencari rezeki. Sebagai contoh, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anaknya selepas kematian suami.

    Seterusnya, nilai kesabaran di mana bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana dianggap tidak mempunyai masa hadapan.

    Akhir sekali, nilai kegigihan dalam berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.

---Untuk menjawab soalan nilai, murid mestilah menggunakan perkataan yang sesuai, biasanya dalam bentuk berimbuhan “ke...an”. Contohnya: kerajinan, kesabaran, kegigihan, keprihatinan. Namun, ada juga nilai yang tidak boleh ditambah imbuhan, seperti baik hati atau berani. Jadi, murid perlu faham maksud perkataan dan guna bentuk yang betul.

📌 Kesimpulannya:

Gunakan imbuhan “ke...an” jika sesuai, tapi jangan paksa tambah imbuhan pada perkataan yang memang tidak menggunakannya.

Pengajaran

    Berdasarkan novel yang saya pelajari, Novel Meniti Impian karya Osman Ayub. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat kita pelajari.

    Antaranya, kita mestilah rajin bekerja untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Contohnya, Mak Kiah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menganyam tikar dan menjahit pakaian untuk menyara anak-anak selepas kematian suaminya.

    Seterusnya, kesabaran di mana kita mestilah bersabar menghadapi penghinaan orang lainContohnya, Zahar tetap bersabar walaupun dihina oleh Suhaili yang memandang rendah terhadap pelatih IKM kerana beranggapan tidak mempunyai hadapan yang baik. 

    Akhir sekali, kita mestilah gigih berusaha kerana kegigihan membawa kejayaan dalam hidup. Contohnya, Zahar gigih menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan sehingga berjaya membuka bengkel perabotnya sendiri.


Haa, mudah kan?

Semoga anak-anak murid cikgu semua cemerlang dan berjaya skor markah penuh dalam peperiksaan nanti.

Ingat, kuasai yang asas, jawab dengan yakin! 💪📚✨




DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

BELAJAR BIJAK! Oh mudahnya komsas.

Berdasarkan pelarasan tahun lepas, bagi murid Tingkatan 1, soalan bahagian KOMSAS hanya tertumpu kepada sinopsis, tema, dan persoalan novel.

Jadi, dalam entri kali ini, cikgu akan fokuskan kepada tiga subtopik ini sahaja, yang sangat sesuai untuk ulang kaji peperiksaan nanti.

📌 Nota penuh bagi bahagian lain akan cikgu kongsikan dalam entri yang seterusnya ya.

Anak-anak boleh jadikan nota ini sebagai rujukan.
Klik pautan di bawah untuk mencetaknya sebagai persediaan akhir menghadapi peperiksaan
Semoga bermanfaat dan membantu kamu semua menjawab dengan yakin!

https://drive.google.com/file/d/1yesRIxx5WXZoDRNpYHPQAkjDVjgWabZY/view?usp=drive_link

Di bawah ini, cikgu sertakan juga latihan sinopsis.

Novel Destinasi Impian karya Mohd. Ismail Sarbini mengisahkan Johari, Azlina, dan Firdaus telah melakukan ekspedisi berbasikal dari Klang ke (1) __________. Tujuan mereka melakukan ekspedisi itu adalah untuk menyahut cabaran datuk mereka dan melihat tanah air yang mereka secara lebih dekat. Selain itu, Firdaus dan Johari mahu Firdaus menjadi seorang lelaki yang lasak dan tidak manja seperti sebelum ini. Selama ini Firdaus yang selama ini berperwatakan agak lembut serta menggemari kerja-kerja yang dilakukan oleh perempuan terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya. Namun, Firdaus menganggap ekspedisi itu sebagai satu penyeksaan yang mengatakan abangnya, Firdaus kurang kekelakian menyebabkan Firdaus sakit hati kepada mereka. Usikan datuk dengan mengatakan bahawa kata-kata Azlina harus dianggap sebagai cabaran membuatkan Firdaus menerima pelawaan sepupunya, Azlina yang menggemari sukan (2) __________ untuk turut serta dalam ekspedisi itu.

Sepanjang perjalanan, mereka melalui sistem demokrasi. Sepanjang perjalanan sejauh lebih (3) __________ km itu pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh mereka termasuk kerana Firdaus yang kerap merungut kerana keletihan. Firdaus yang tidak biasa itu menyebabkan sering kali tercetus konflik antara dia dengan Azlina yang lasak. Azlina merasa serba salah susulan sindiran yang dilemparkan terhadapnya. Meskipun begitu, Johari yang lebih matang sentiasa cuba mendamaikan keadaan mereka.

Sementara itu, timbul pula insiden gajah melintasi ekspedisi itu. Ia terpaksa berhenti apabila seekor anak gajah telah diculik oleh pemburu haram. Datuk mereka meminta mereka meneruskan perjalanan manakala beliau akan menyelamatkan anak gajah tersebut seorang diri. Mereka mula sedar akan pentingnya menjaga khazanah (4) __________.

Datuk menceritakan kisah datuk mereka dan rakan-rakan ketika zaman perang. Rakan-rakannya ramai yang terbunuh akibat dibom oleh pihak musuh. Khayalan Firdaus seakan-akan dia telah dibom dan dikebumikan menyebabkan dia menjerit. Keadaan itu menyebabkan ekspedisi itu ditangguhkan dan semua peserta tinggal di kawasan khemah yang telah ditetapkan. Firdaus mengambil kesempatan itu untuk meluahkan segala perasaannya kepada Azlina tentang perasaannya selama ini. Firdaus sedih kerana tidak mempunyai ramai rakan disebabkan dia lebih gemar menonton (5) __________. Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang ekspedisi ini, namun digagahi jua.

Perjalanan diteruskan dan mereka bersetuju untuk berehat beberapa kali, mereka pun tiba di Pantai Morib yang didahului oleh Firdaus. Firdaus terkejut kerana ketibaannya disambut oleh rakan-rakannya, Saazli, Moksin, Salim, Erma, Azrina, dan Mazlinda. Dia berasa amat bangga tambahan pula Mazlinda turut berada di situ. Mereka tidak jadi (6) __________ wayang dan meraikan majlis sambutan itu. Johari keluar dari khemah lalu Mazlinda kerana mahu menyambut ketibaan Firdaus dan ibu bapa Mazlinda terpaksa keluar daerah. Firdaus (7) __________ rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lama kerana Azlina sering berhenti rehat. Firdaus juga tidak memberitahu ketibaan Azlina dan Johari. Sementelah itu, Johari dan Azlina disambut oleh rakan-rakan Johari yang sama-sama belajar di Universiti Putra Malaysia dan mereka menginap di khemah berlainan yang agak jauh dari khemah Firdaus. Disebabkan tidak mempercayai kata-kata Firdaus, Saazli dan Moksin pergi berjumpa dengan Azlina.

Azlina menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka. Saazli dan Moksin bertindak untuk memaksa Firdaus mengakui perbuatannya. Firdaus pula terus-menerus berbohong kepada Mazlinda dengan mengatakan dia pandai berenang. Pada malamnya, Firdaus (8) __________ dirinya telah sesat di dalam laut dan telah lemas ketika berenang. Mimpi tersebut telah menyedarkan Firdaus dan membuatkan dia berasa takut. Pada keesokan harinya, Johari dan Azlina ingin bertolak pulang tetapi Firdaus tidak mahu ikut bersama kerana dia ingin pulang sendiri. Pada mulanya, Azlina tidak sampai hati untuk meninggalkan Firdaus namun setelah (9) __________ oleh Johari, akhirnya mereka berbasikal pulang berdua sahaja. Sementara itu, Firdaus dan rakan-rakannya bersempadan, tiba-tiba Firdaus terpeleset dan terkapai-kapai. Firdaus yang bercakap besar tidak tahu (10) __________. Dalam kegembiraan itu, Mazlinda telah pulih daripada demamnya dan dia ingin bertemu Firdaus untuk memberikan diari milik sepupunya yang telah meninggal dunia dan berada di hospital. Sebelum bersemuka, Mazlinda berpura-pura lemas ingin menguji Firdaus. Firdaus sudah sedar akan dirinya yang angkuh. Johari menasihati Firdaus bahawa Mazlinda memang ingin menguji Firdaus. Firdaus berasa malu dan akhirnya sedar. Sewaktu rakan-rakannya memanggil Firdaus untuk bergambar, Firdaus tidak mahu turut serta. Namun, dia teringat akan nasihat Johari, lantas dia memberanikan dirinya untuk bangun dan ingin menunjukkan mukanya. Firdaus mendekati mereka dan memberanikan dirinya untuk memandang mereka.

 

 


CERPEN ASAL PADI TINGKATAN 1

 NOTA RINGKAS CERPEN ASAL PADI TINGKATAN 1

Sinopsis Ringkas (Hasil kerja murid)

Si Bongsu, anak yatim piatu, tinggal bersama abangnya yang cacat. Mereka hanya mempunyai kolam ikan selepas kesemua hartanya telah dicuri. Suatu hari, Si Bongsu mengikut tujuh puteri ke kayangan dan melihat padi yang enak dan menguning seakan emas. Dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengambil padi turun ke bumi. Akhirnya, dia menyembunyikan padi dalam tumitnya dan membawanya pulang ke bumi. Padi ditanam dan berhasil, manakala padi di kayangan pupus.

Tema

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.

Si Bongsu menunjukkan kebijaksanaan apabila menyorokkan beberapa butir padi ke dalam luka di tumitnya supaya tidak dapat dikesan oleh empunya padi. Walaupun masih kecil dan miskin, Si Bongsu berfikir secara licik dan kreatif demi membantu kehidupan rakyat di bumi. Tindakannya membuktikan bahawa akal yang tajam lebih berharga daripada kekuatan fizikal.

Contoh: Si Bongsu sorok padi dalam luka di tumit → berjaya bawa balik ke bumi untuk ditanam

 Persoalan

  1. Keberanian – Si Bongsu larikan diri bawa padi turun ke bumi.
  2. Kebijaksanaan – Sembunyikan padi dalam luka.
  3. Setia – Abang tunggu adik pulang dari kayangan.
  4. Patuh – Si Tekuri ikut arahan si Empunya Padi.
  5. Pembohongan - Burung Pipit.

Watak & Perwatakan

  1. Si Bongsu – Bijak, berani, rajin, berpandangan jauh.
  2. Si Sulung – Setia, cacat, sabar.
  3. Empunya Padi – Berhati-hati, baik, cerdik.
  4. Burung Pipit – Licik, menipu.
  5. Si Tekuri – Patuh, tegas.

Plot

  1. Permulaan – Anak yatim piatu hidup susah.
  2. Perkembangan – Si Bongsu ke kayangan, jumpa padi.
  3. Klimaks – Menyorok padi, ditangkap, tinggal di kayangan.
  4. Peleraian – Bawa balik padi, tanam di bumi, pipit dibunuh.

Nilai Murni

- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka

  1. Bijak
  2. Gigih
  3. Setia
  4. Patuh
  5. Berani

Pengajaran

- Minta murid tulis contoh berdasarkan kefahaman mereka

  1. Fikir sebelum bertindak.
  2. Patuh arahan pemimpin.
  3. Setia kepada keluarga.
  4. Rajin usaha demi masa depan.
Aktiviti
Murid perlu membawa beberapa gambar untuk dilabelkan untuk menulis kapsyen/ keterangan yang menarik pada gambar (watak). Aktivti ini sangat seronok kerana dapat lihat pelbagai idea yang menarik, humor. Di bawah cikgu kongsikan gambar tersebut. Hasil kerja murid tak sempat nak ambil gambar. Guru praktikal bahasa Melayu  boleh lakukan ini. Bahkan guru lama pun boleh. Lagi baik beri gambar hitam putih, biar murid warnkan sendiri.




Latihan Sinopsis: Isi Tempat Kosong

Arahan: Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat.

Cerita ini mengisahkan dua orang adik-beradik yang masih kecil dan menjadi __________ piatu setelah kematian ibu bapa mereka. Mereka hidup dalam keadaan __________ kerana segala harta telah dicuri oleh orang jahat. Satu-satunya peninggalan ialah sebuah __________ ikan yang dijaga siang dan malam.

Anak yang bongsu, iaitu Si Bongsu, telah melihat tujuh orang __________ sedang mandi di kolam. Wanita-wanita itu berasal dari __________. Si Bongsu kemudian mengikuti mereka ke sana. Di sana, dia ternampak benda berkilau seperti __________ yang sebenarnya ialah padi.

Si Bongsu meminta sedikit padi untuk dibawa pulang ke bumi tetapi tidak dibenarkan. Sebaliknya, dia hanya diberi __________ untuk merasa keenakannya. Si Bongsu kemudian menyembunyikan segenggam padi di dalam __________ dan cuba melarikan diri. Dia berjaya disekat dan mengalami __________ di tumit.

Namun, empunya padi memaafkan Si Bongsu dan membenarkan dia tinggal dan menjaga __________. Setelah beberapa lama, Si Bongsu mendapat akal dan menyembunyikan beberapa butir padi di dalam lukanya. Dia memohon izin pulang dan akhirnya berjaya membawa padi ke bumi.

Padi itu kemudian ditanam di bumi dan membuahkan hasil yang baik. Sebaliknya, padi di __________ tidak lagi menjadi. Empunya padi menghantar burung pipit untuk menyiasat, namun pipit berbohong. Burung __________ dihantar kemudian dan mendapati pipit berbohong lalu membunuhnya. Itulah sebabnya __________ burung pipit berada di tengkuknya.

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...