Sabtu, 12 Julai 2025

Ringkasan Tingkatan 1-3 (BM Menengah Rendah)

Soalan Ringkasan (Bahagian C: Kertas 1 – Bahasa Melayu)

Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat soalan ringkasan pada Bahagian C.

Ringkasan merupakan antara soalan yang paling mudah jika dibandingkan dengan ulasan dan rumusan.

Markah penuh ialah 15 markah:

  • 10 markah untuk isi penting

  • 5 markah untuk aspek bahasa

Apa yang murid perlu lakukan?
  • Kenalpasti kata kunci (berhuruf tebal) contoh: faktor/kesan/punca dan lain-lain

  • Cari sekurang-kurangnya 5 isi penting daripada petikan. Jadi semasa baca petikan yang diberikan atau yang terdapat dalam soalan murid mesti baca, garis dan nomborkan isi penting tersebut.

  • Murid tidak perlu memasukkan keterangan, contoh, dan ayat yang diulang atau membawa maksud yang sama dalam ringkasan.

  • Murid perlu menggunakan ayat sendiri, iaitu ayat yang tidak disalin bulat-bulat dari petikan. Ini bermaksud murid tidak boleh salin sepenuhnya ayat asal dari mula hingga akhir tanpa sebarang perubahan. Namun, guna ayat sendiri tidak semestinya murid perlu tukar semua perkataan. Cukup sekadar ubah susunan atau guna perkataan yang hampir sama maksudnya.

    Peringatan: Ayat yang diubah maksudnya sama, tetapi bentuk ayat berbeza – ini akan bantu dapat markah bahasa.

    Kalau murid rasa susah sangat, boleh sahaja salin ayat asal, asalkan sambung dengan penanda wacana

  • Sambung semua isi dengan penanda wacana yang sesuai

  • Tulis dalam satu perenggan

  • Untuk ringkasan tidak melebihi 100 patah perkataan.

Untuk membantu kamu menulis ringkasan dengan lebih berkesan, cikgu telah cipta satu alat bantu khas iaitu Jari Magik Ringkasan.
Jari ini akan memandu kamu supaya dapat mencantunkan isi-isi penting untuk menulis sebuah ringkasan. 

Templat menulis ringkasan

Ingat ya, murid tidak perlu mengemukakan idea atau pendapat sendiri. Di bawah ini templat untuk menulis ringkasan. 

Rangka Ringkasan

 

    Antara ….…………………….(Kata tugasan) ialah /adalah ………………….(Isi pertama). Selain itu, ………………………………(Isi kedua). Seterusnya, ………………………………(Isi ketiga). Di samping itu, ………………..(Isi keempat). Akhir sekali, ………………….(Isi kelima)…......
                                                    
                                                                                                                                    (jumlah perkataan)





Jumaat, 11 Julai 2025

KATA-KATA HIKMAT TINGKATAN 2 BAHASA MELAYU

KATA-KATA HIKMAT (TINGKATAN 2)

Untuk perkongsian sebelum ini, cikgu telah kongsikan tentang Perbandingan Semacam bagi murid Tingkatan 1.

Kali ini, cikgu ingin maklumkan bahawa bagi murid Tingkatan 2, soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan ialah berkaitan Kata-kata Hikmat.

Kata-kata hikmat ialah ungkapan ringkas yang mengandungi nasihat, pengajaran, atau pedoman hidup. Biasanya bersifat padat, bernas, dan mudah diingati.

Bagi kata-kata hikmat ini dalam buku teks tingkatan 2 hanya 10, maka murid perlu tahu 10 sahaja. antara 10 ini sahaja akan di tanya. di bawah cikgu kongsikan contoh soalan ya.


Jelas ya? Inilah jenis soalan yang akan ditanya dalam peperiksaan bagi murid Tingkatan 2. 

Di bawah ini, cikgu akan kongsikan senarai kata-kata hikmat yang wajib kamu ketahui.




Kamu boleh gunakan senarai ini sebagai nota ulang kaji menjelang peperiksaan.

📚 Untuk guru-guru, senarai ini juga sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar (PdPc) di dalam kelas.

Semoga bermanfaat untuk semua! Cikgu ada senarai kata-kata hikmat, soalan dan latihan. Sebarang persoalan atau jika mahu soft copy, boleh komen  atau email cikgu di skshahirahkhalid@gmail.com

Khamis, 10 Julai 2025

Perbandingan Semacam Tingkatan 1Bahasa Melayu

 Perbandingan Semacam (Tingkatan 1)

Baiklah, untuk murid Tingkatan 1, terdapat 22 jenis perbandingan semacam yang diperkenalkan dalam buku teks. Topik ini sangat penting, kerana berdasarkan pelarasan soalan tahun lepas (2024), soalan berkaitan perbandingan semacam telah ditanya dalam peperiksaan Tingkatan 1.

Ingat, perbandingan semacam bukanlah peribahasa. Ia merupakan gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan kata seperti "bagai", "seperti", "umpama", "laksana", "ibarat" dan sebagainya.

Untuk pengetahuan kamu juga:

  • Tingkatan 1: Soalan fokus kepada Perbandingan Semacam

  • Tingkatan 2: Soalan fokus kepada Kata-kata Hikmat

  • Tingkatan 3: Soalan fokus kepada Peribahasa

Oleh itu, sebagai murid Tingkatan 1, kamu perlu menghafal dan memahami kesemua 22 jenis perbandingan semacam yang terdapat dalam buku teks. Hanya 22 perbandingan semacam ini sahaja yang akan disoal dalam peperiksaan. 

Di bawah ini, cikgu akan kongsikan contoh soalan peperiksaan sebenar atau berbentuk latih tubi yang berkaitan dengan perbandingan semacam. Pastikan kamu bersedia ya!

Cikgu dah jelaskan tadi tentang jenis soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan bagi topik perbandingan semacam untuk Tingkatan 1. Jadi, untuk mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman kamu, cikgu telah senaraikan 22 jenis perbandingan semacam yang perlu kamu tahu.

Senarai ini boleh dijadikan sebagai nota rujukan untuk kamu ulang kaji dengan mudah, terutamanya menjelang peperiksaan.

Peringatan mesra:
Guru-guru juga boleh gunakan senarai ini dalam PdPc sebagai bahan bantu mengajar. Insya-Allah, semoga bahan ini dapat membantu semua anak didik kita memahami dan menguasai perbandingan semacam dengan lebih baik.

Di bawah ini, cikgu kongsikan senarai tersebut. Sila catat, hafal, dan fahamkan ya!

Gambar ini m

Untuk anak murid saya, cikgu akan minta mereka untuk lukis perbandingan semacam tersebut. Di bawah cikgu kongsikan hasil kerja murid. Cikgu-cikgu boleh lakukan demgan murid. 


Berikut adalah pautan untuk senarai perbandingan semacam dan latihan yang boleh digunakan dalam persediaan peperiksaan atau bahan PdP. Kamu boleh cetak terus dari pautan ini untuk rujukan.

P/s: Pautan ini juga sesuai digunakan oleh guru-guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk membantu pelajar memahami dan mempraktikkan perbandingan semacam dengan lebih baik. Semoga ianya memberi manfaat! Terima kasih.

https://drive.google.com/drive/folders/13y53toD3L6l8F3Fh5_YOfoYzsxpq_1xT









DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...