Khamis, 10 Julai 2025

Perbandingan Semacam Tingkatan 1Bahasa Melayu

 Perbandingan Semacam (Tingkatan 1)

Baiklah, untuk murid Tingkatan 1, terdapat 22 jenis perbandingan semacam yang diperkenalkan dalam buku teks. Topik ini sangat penting, kerana berdasarkan pelarasan soalan tahun lepas (2024), soalan berkaitan perbandingan semacam telah ditanya dalam peperiksaan Tingkatan 1.

Ingat, perbandingan semacam bukanlah peribahasa. Ia merupakan gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan kata seperti "bagai", "seperti", "umpama", "laksana", "ibarat" dan sebagainya.

Untuk pengetahuan kamu juga:

  • Tingkatan 1: Soalan fokus kepada Perbandingan Semacam

  • Tingkatan 2: Soalan fokus kepada Kata-kata Hikmat

  • Tingkatan 3: Soalan fokus kepada Peribahasa

Oleh itu, sebagai murid Tingkatan 1, kamu perlu menghafal dan memahami kesemua 22 jenis perbandingan semacam yang terdapat dalam buku teks. Hanya 22 perbandingan semacam ini sahaja yang akan disoal dalam peperiksaan. 

Di bawah ini, cikgu akan kongsikan contoh soalan peperiksaan sebenar atau berbentuk latih tubi yang berkaitan dengan perbandingan semacam. Pastikan kamu bersedia ya!

Cikgu dah jelaskan tadi tentang jenis soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan bagi topik perbandingan semacam untuk Tingkatan 1. Jadi, untuk mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman kamu, cikgu telah senaraikan 22 jenis perbandingan semacam yang perlu kamu tahu.

Senarai ini boleh dijadikan sebagai nota rujukan untuk kamu ulang kaji dengan mudah, terutamanya menjelang peperiksaan.

Peringatan mesra:
Guru-guru juga boleh gunakan senarai ini dalam PdPc sebagai bahan bantu mengajar. Insya-Allah, semoga bahan ini dapat membantu semua anak didik kita memahami dan menguasai perbandingan semacam dengan lebih baik.

Di bawah ini, cikgu kongsikan senarai tersebut. Sila catat, hafal, dan fahamkan ya!

Gambar ini m

Untuk anak murid saya, cikgu akan minta mereka untuk lukis perbandingan semacam tersebut. Di bawah cikgu kongsikan hasil kerja murid. Cikgu-cikgu boleh lakukan demgan murid. 


Berikut adalah pautan untuk senarai perbandingan semacam dan latihan yang boleh digunakan dalam persediaan peperiksaan atau bahan PdP. Kamu boleh cetak terus dari pautan ini untuk rujukan.

P/s: Pautan ini juga sesuai digunakan oleh guru-guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk membantu pelajar memahami dan mempraktikkan perbandingan semacam dengan lebih baik. Semoga ianya memberi manfaat! Terima kasih.

https://drive.google.com/drive/folders/13y53toD3L6l8F3Fh5_YOfoYzsxpq_1xT









Isnin, 22 Mac 2021

TIPS untuk melentik bulu mata secara alami.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk melentik bulu mata secara alami yang memerlukan bahan yang mudah dan murah yang mesti disulami dengan kerajinan untuk hasil yang mantap.

Bahan-bahanya mudah sahaja, iaitu:

-Minyak jarak (castor oil)

-Bekas mascara yang kosong

-Pengepit bulu mata

Baiklah, kebiasaanya minyak jarak atau castor oil sangat mudah untuk didapati. Kalian boleh dapatkan di kedai runcit dan yang lebih mudah beli sahaja di laman Shopee. Harga mampu milik, bergantung kepada jenama yang dipilih dan isipadu atau kuantiti per botol. Namun, haga lebih kurang sahaja. Sedikit info mengenai minyak ini adalah ianya agak pekat, likat dan berbau sedikit. Tetapi bagi saya ok sahaja, nanti lama-kelamaan sudah terbiasa sehingga menjadi rutin.

Caranya senang sahaja. Mari, saya ceritakan, saya percaya kebanyakkan wanita atau perempuan mesti mempunyai mascara. Apa yang kalian perlu buat adalah, ambil mascara kalau yang lebih baik adalah guna , mascara yang sudah hampir kering atau habis sekurangnya tidak membazir. Apa yang kalian perlu buat adalah cuci bekas mascara tersebut dengan bersih. Setelah itu, lap sehingga kering atau biarkan bekas itu kering secara sendiri atau boleh guna hair dryer dan sebagainya. 

Langkah seterusnya, apabila bekas mascara sudah kering. Tuang dan penuhkan bekas mascara dengan minyak jarak. Untuk pakai pula, amatlah senang, kalian pakai sahaja seperti pakai mascara dimana jadiakan ianya sebagai amalan untuk hasil yang mantap. Terlebih dahulu kepitlah bulu mata dengan pengepit, kemudian apply mintak jarak dan kepit lagi sekali.  Untuk saya sendiri, dalam sebulan dua sudah nampak kesannya. 

Sekian sahaja. 

P/S: Sepengetahuan saya, ada juga yang berkongsi minyak jarak sangat bagus untuk mengatasi rambut gugur. Mungkin boleh cuba dan kongsi di sini. Maaf gambar tiada, nanti saya edit post untuk masukkan gambar.



Sabtu, 20 Jun 2020

Pengalaman Temuduga Part3

Pengalaman temuduga part3.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Aku kira ini adalah yang akhir bagi pengalaman temuduga yang aku kongsi. Namun, edisi pada kali ini adalah pada pengalaman dari kawan-kawan yang aku sendiri bertanya kepada mereka.

Ok. Tanpa berlengah lagi. Jom. 
Antara soalan yang ditujukan kepada mereka adalah perkara di sekeliling sahaja. Misalnya, mengenai diri maksudnya memperkenalkan diri dan mungkin di tanya di dalam bm/bi. Pendek kata bersedia sahaja dan bertenang.

Seterusnya, mengenai isu semasa. Kebetulan pada 2018 masa aku temuduga tu adalah negara kita selepas pilihan raya. Jadi soalan-soalan mengenai amat releven untuk ditanya. Pada pendapat aku, memang patut ditanya, sebagai bakal mahasiswa, isu semasa wajar diambil cakna. Jadi, kalianlah perlulah bersedia pada isu semasa pada tarikh temuduga. Tidak tahu semua, setidaknya ambil cakna. Misalnya, dalam perihal negara baru menghadapi PRU. Perlulah untuk kalian tahu soal dewan negara, dewan rakyat, parlimen, undang-undang, parti pembangkang mahu pun kerajaan. Isu semasa pun perlulah korang titik beratkan sebelum ke sesi temuduga. Cakna supaya tahu. 

Pada perenggan ni, aku akan rumuskan sahaja berdasarkan beberapa pengalaman beberapa orang. Ada yang ditanya meneganai persekitaran tempat tinggal, perihal kos yang diambil. Sebagai contoh, kau ambik kos BM, kau kena tahu R. O Winstedt, Ot Dussek atau sebagainya. Kalau sejarah mungkin para pahlawan dan pejuang. Ada dikalangan kawan aku diminta untuk bersajak, bersyair dan sebagainya. Macam aku sendiri diminta oleh panel penemuduga untuk memunjukkan gaya seorang guru mengajar.

Ada kawan aku, yang ditanya panel mengenai penanaman pokok. Dan diminta untuk terangkan dalam bahasa Inggeris. Tapi takpe harus tenang. Ada ditanya mengenai keindahan Tanjung Malim iaitu kedudukan UPSI tersendiri. Ada yang ditanya mengenai sejarah UPSI dari 1922 sehingga tertubuhnya UPSI harini gah sebagai universiti NO1 Pendidikan. 

Oh ya. Satu lagi, kebiasaanya temuduga akan dipanggil secara berkumpulan. 4 orang sekali masuk bilik temuduga tersebut dan ada dua panel penemuduga. Jadi, semasa panel penemuduga ajukan soalan secara rawak atau terbuka ringan-ringankan mulut supaya nampak aktif tapi jangan over. 

Kuncinya apa-apa pun jawab dengan tenang dan yakin. Jika rezeki milik kau, pasti ia tetap berkunjung tiba. Semoga berjaya. Aku doakan yang terbaik buat kalian. 



Jumaat, 10 Mei 2019

Hai semua. Apa khabar. 

KERJA KUMPULAN 

Salam Ramdhan.

Pembelajaran dan pengajian di Uni/Kolej hatta Tingkatan 6 pun juga tidak terlepas daripada kerja berkumpulan. Kadang-kadang kerja berkumpulan sangat menyeronokkan kerana kita dapat buat bersama-sama dan dalam masa yang sama dapat tambah ilmu. Contohnya, Si A tak tahu edit, Si B boleh bantu. Bukan tu je, kita boleh bertukar-tukar pendapat dalam menyiapkan tugasan, dan disitulah ada percambahan minda dan idea jadi hasil kerja akan menjadi lebih baik. 

Tetapi yang paling tak best bila dalam group ada yang jadi sleeping partner. Kerja tak buat, masa perbincangan tak pernah nampak muka, dalam group WhatApss jadi cctv. Bila dapat markah tinggi bangga lepastu keluar result screenshoot buat story. Heyyyy, tak malu markah tinggi datang daripada hasil kerja orang. Memang tidak dinafikan, lect/ cikgu sendiri pun cakap ahi kumpulan mesti mengadu/report ahli kumpulan yang jadi sleeping partner untuk tindakan mereka dalam pembahagian markah. Sebagai kawan/ ahli kumpulan ada masa nya kita rasa kesian untuk buat tindakan report. Jadi, bila ahli kumpulan dah tegur, minta datang semasa perbincangan just simple datang duduk bersama, pembahagian tugas. Dan sama-sama rasa penat dan hasil kerja pun wowwwww. 

Minggu lepas, ada sesorang hamba bercerita kat aku. Dia berkumpulan dalam satu subjek dan semua datang daripada program degree yang berbeza-beza dan yang malangnya seorang tak pernah buat kerja, pembahagian tugas part dia pun langsung tidak dibuatnya, tidak memberi respons di group whatApss, perbincangan banyak kali buat tapi sekali pun tak pernah muncul. Tapi si Polan ni sangat aktif di dalam kelas, tidak lekang daripada bertanya/bersoal jawab. Semasa presentation, dia pun aktif membentang bercakap, semua orang senang tengok dia dalam pembentangan. Jadi, bila dah sampai part akhir untuk hantar final rasanya perlu burn cd pun si Polan ni masih tidak memberi respon sama ada dia mahu volunteer buat atau tidak. Masih lagi senyap. 

Ya, jadi semua ahli kumpulan semua bersetuju untuk melaporkan kepada pensyarah. Jadi, adalah tindakan susulan yang dikenakan kepada si Polan. 

Jadi, pengajarannya adalah kita perlu bekerjasama dalam kumpulan supaya hasil yang kita dapat adalah baik dan sempurna. Saling melangkapi biar sempurna, maksudnya kekurangan ahli kumpulan, akan ditopap oleh kelebihan yang lain. 

ok bye. salam ramadhan.




Pengalaman Temuduga (Part 2)

Hai! Assalamualaikum semua. Apa khabar  bersempena dengan keputusan STPM khususnya yang bakal keluar tak lama lagi, sukalah aku nak berkongsi tentang beberapa tip atau perkongsian tentang temuduga di UA. Terutama dalam bidang dan Uni tempat aku belajar. *hah jgn baca satu nafas. Pengsan.

OK. Bergantung pada penemuduga sama ada penemuduga dalam bidang korang atau tak. Kalau dalam bidang korang, so korang kena bersedia dan soalan yang ditanya akan dalam bidang jugak. Contohnya, penemuduga adalah bidang sejarah. Jadi, soalannnya adalah dalam bidang sejarah. 

Masa aku haritu, masuk interview secara kumpulan dan salah seorang dari kami ada yang interview kos Ismp BM. So, penemuduga tu tanya berkaitan tokoh bahasa melayu. Perkembangan serba sedikit. Contoh lagi, kos sastera seperti biasa ada yang bersajak, bercerita mengenai karya-karya serba sedikit. Dan kos pendidikan, ada yang kena buat simulasi pengajaran. Ada juga yang penemuduga bertanya tentang soalan yang terduga, misalnya berkaitan tempat tinggal, cara membuat sesuatu dan sebagainya. 

Jadi, apa-apa pun bergantung pada penemuduga dan rezeki korang pada haritu. Sekurang-kurang bersedia, tunjukkan keyakinan/kebolehan dan mereka rugi kalau tak ambik kita sebagai mahasiswa/i di Universiti tersebut. 

Ok, jumpa lagi. Sebenarnya dah lama buat, tapi hari ni baru nak publish. Maklumlah di penghujung kuliah terlalu sibuk dengan banyak perkara. Goodluck korang :) bye* lambai tangan

Kalau dah dinamakan rezeki kita, pasti tidak terlepas ke tangan yang lain. Salam Ramadhan peeps.

DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...