Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk melentik bulu mata secara alami yang memerlukan bahan yang mudah dan murah yang mesti disulami dengan kerajinan untuk hasil yang mantap.
Bahan-bahanya mudah sahaja, iaitu:
-Minyak jarak (castor oil)
-Bekas mascara yang kosong
-Pengepit bulu mata
Baiklah, kebiasaanya minyak jarak atau castor oil sangat mudah untuk didapati. Kalian boleh dapatkan di kedai runcit dan yang lebih mudah beli sahaja di laman Shopee. Harga mampu milik, bergantung kepada jenama yang dipilih dan isipadu atau kuantiti per botol. Namun, haga lebih kurang sahaja. Sedikit info mengenai minyak ini adalah ianya agak pekat, likat dan berbau sedikit. Tetapi bagi saya ok sahaja, nanti lama-kelamaan sudah terbiasa sehingga menjadi rutin.
Caranya senang sahaja. Mari, saya ceritakan, saya percaya kebanyakkan wanita atau perempuan mesti mempunyai mascara. Apa yang kalian perlu buat adalah, ambil mascara kalau yang lebih baik adalah guna , mascara yang sudah hampir kering atau habis sekurangnya tidak membazir. Apa yang kalian perlu buat adalah cuci bekas mascara tersebut dengan bersih. Setelah itu, lap sehingga kering atau biarkan bekas itu kering secara sendiri atau boleh guna hair dryer dan sebagainya.
Langkah seterusnya, apabila bekas mascara sudah kering. Tuang dan penuhkan bekas mascara dengan minyak jarak. Untuk pakai pula, amatlah senang, kalian pakai sahaja seperti pakai mascara dimana jadiakan ianya sebagai amalan untuk hasil yang mantap. Terlebih dahulu kepitlah bulu mata dengan pengepit, kemudian apply mintak jarak dan kepit lagi sekali. Untuk saya sendiri, dalam sebulan dua sudah nampak kesannya.
Sekian sahaja.
P/S: Sepengetahuan saya, ada juga yang berkongsi minyak jarak sangat bagus untuk mengatasi rambut gugur. Mungkin boleh cuba dan kongsi di sini. Maaf gambar tiada, nanti saya edit post untuk masukkan gambar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan