Hai! Assalamualaikum semua. Apa khabar bersempena dengan keputusan STPM khususnya yang bakal keluar tak lama lagi, sukalah aku nak berkongsi tentang beberapa tip atau perkongsian tentang temuduga di UA. Terutama dalam bidang dan Uni tempat aku belajar. *hah jgn baca satu nafas. Pengsan.
OK. Bergantung pada penemuduga sama ada penemuduga dalam bidang korang atau tak. Kalau dalam bidang korang, so korang kena bersedia dan soalan yang ditanya akan dalam bidang jugak. Contohnya, penemuduga adalah bidang sejarah. Jadi, soalannnya adalah dalam bidang sejarah.
Masa aku haritu, masuk interview secara kumpulan dan salah seorang dari kami ada yang interview kos Ismp BM. So, penemuduga tu tanya berkaitan tokoh bahasa melayu. Perkembangan serba sedikit. Contoh lagi, kos sastera seperti biasa ada yang bersajak, bercerita mengenai karya-karya serba sedikit. Dan kos pendidikan, ada yang kena buat simulasi pengajaran. Ada juga yang penemuduga bertanya tentang soalan yang terduga, misalnya berkaitan tempat tinggal, cara membuat sesuatu dan sebagainya.
Jadi, apa-apa pun bergantung pada penemuduga dan rezeki korang pada haritu. Sekurang-kurang bersedia, tunjukkan keyakinan/kebolehan dan mereka rugi kalau tak ambik kita sebagai mahasiswa/i di Universiti tersebut.
Ok, jumpa lagi. Sebenarnya dah lama buat, tapi hari ni baru nak publish. Maklumlah di penghujung kuliah terlalu sibuk dengan banyak perkara. Goodluck korang :) bye* lambai tangan
Kalau dah dinamakan rezeki kita, pasti tidak terlepas ke tangan yang lain. Salam Ramadhan peeps.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan