Khamis, 10 Julai 2025

Perbandingan Semacam Tingkatan 1Bahasa Melayu

 Perbandingan Semacam (Tingkatan 1)

Baiklah, untuk murid Tingkatan 1, terdapat 22 jenis perbandingan semacam yang diperkenalkan dalam buku teks. Topik ini sangat penting, kerana berdasarkan pelarasan soalan tahun lepas (2024), soalan berkaitan perbandingan semacam telah ditanya dalam peperiksaan Tingkatan 1.

Ingat, perbandingan semacam bukanlah peribahasa. Ia merupakan gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain menggunakan kata seperti "bagai", "seperti", "umpama", "laksana", "ibarat" dan sebagainya.

Untuk pengetahuan kamu juga:

  • Tingkatan 1: Soalan fokus kepada Perbandingan Semacam

  • Tingkatan 2: Soalan fokus kepada Kata-kata Hikmat

  • Tingkatan 3: Soalan fokus kepada Peribahasa

Oleh itu, sebagai murid Tingkatan 1, kamu perlu menghafal dan memahami kesemua 22 jenis perbandingan semacam yang terdapat dalam buku teks. Hanya 22 perbandingan semacam ini sahaja yang akan disoal dalam peperiksaan. 

Di bawah ini, cikgu akan kongsikan contoh soalan peperiksaan sebenar atau berbentuk latih tubi yang berkaitan dengan perbandingan semacam. Pastikan kamu bersedia ya!

Cikgu dah jelaskan tadi tentang jenis soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan bagi topik perbandingan semacam untuk Tingkatan 1. Jadi, untuk mengukuhkan pengetahuan dan pemahaman kamu, cikgu telah senaraikan 22 jenis perbandingan semacam yang perlu kamu tahu.

Senarai ini boleh dijadikan sebagai nota rujukan untuk kamu ulang kaji dengan mudah, terutamanya menjelang peperiksaan.

Peringatan mesra:
Guru-guru juga boleh gunakan senarai ini dalam PdPc sebagai bahan bantu mengajar. Insya-Allah, semoga bahan ini dapat membantu semua anak didik kita memahami dan menguasai perbandingan semacam dengan lebih baik.

Di bawah ini, cikgu kongsikan senarai tersebut. Sila catat, hafal, dan fahamkan ya!

Gambar ini m

Untuk anak murid saya, cikgu akan minta mereka untuk lukis perbandingan semacam tersebut. Di bawah cikgu kongsikan hasil kerja murid. Cikgu-cikgu boleh lakukan demgan murid. 


Berikut adalah pautan untuk senarai perbandingan semacam dan latihan yang boleh digunakan dalam persediaan peperiksaan atau bahan PdP. Kamu boleh cetak terus dari pautan ini untuk rujukan.

P/s: Pautan ini juga sesuai digunakan oleh guru-guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk membantu pelajar memahami dan mempraktikkan perbandingan semacam dengan lebih baik. Semoga ianya memberi manfaat! Terima kasih.

https://drive.google.com/drive/folders/13y53toD3L6l8F3Fh5_YOfoYzsxpq_1xT









Isnin, 22 Mac 2021

TIPS untuk melentik bulu mata secara alami.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin berkongsi tips untuk melentik bulu mata secara alami yang memerlukan bahan yang mudah dan murah yang mesti disulami dengan kerajinan untuk hasil yang mantap.

Bahan-bahanya mudah sahaja, iaitu:

-Minyak jarak (castor oil)

-Bekas mascara yang kosong

-Pengepit bulu mata

Baiklah, kebiasaanya minyak jarak atau castor oil sangat mudah untuk didapati. Kalian boleh dapatkan di kedai runcit dan yang lebih mudah beli sahaja di laman Shopee. Harga mampu milik, bergantung kepada jenama yang dipilih dan isipadu atau kuantiti per botol. Namun, haga lebih kurang sahaja. Sedikit info mengenai minyak ini adalah ianya agak pekat, likat dan berbau sedikit. Tetapi bagi saya ok sahaja, nanti lama-kelamaan sudah terbiasa sehingga menjadi rutin.

Caranya senang sahaja. Mari, saya ceritakan, saya percaya kebanyakkan wanita atau perempuan mesti mempunyai mascara. Apa yang kalian perlu buat adalah, ambil mascara kalau yang lebih baik adalah guna , mascara yang sudah hampir kering atau habis sekurangnya tidak membazir. Apa yang kalian perlu buat adalah cuci bekas mascara tersebut dengan bersih. Setelah itu, lap sehingga kering atau biarkan bekas itu kering secara sendiri atau boleh guna hair dryer dan sebagainya. 

Langkah seterusnya, apabila bekas mascara sudah kering. Tuang dan penuhkan bekas mascara dengan minyak jarak. Untuk pakai pula, amatlah senang, kalian pakai sahaja seperti pakai mascara dimana jadiakan ianya sebagai amalan untuk hasil yang mantap. Terlebih dahulu kepitlah bulu mata dengan pengepit, kemudian apply mintak jarak dan kepit lagi sekali.  Untuk saya sendiri, dalam sebulan dua sudah nampak kesannya. 

Sekian sahaja. 

P/S: Sepengetahuan saya, ada juga yang berkongsi minyak jarak sangat bagus untuk mengatasi rambut gugur. Mungkin boleh cuba dan kongsi di sini. Maaf gambar tiada, nanti saya edit post untuk masukkan gambar.



DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

  Destinasi Impian: Pegang 1, Dapat Semua! Salam anak-anak murid cikgu, Hari ini kita masih belajar tentang novel Destinasi Impian . Ingat...