Ahad, 10 Jun 2018

Pengalaman temuduga UPSI (part1)

Hai semua.

Alhamdulilah, minggu lepas 6.6.2018 aku dah ke UPSI, Tanjung Malim di Perak untuk temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu).
Dapat temuduga bermakna ujian Medsi lulus. Syukur, syukur dan syukur ya Allah.

Sebelumnya, rasa macam tak yakin akan dapat temuduga sebab bila baca review dan pengalaman orang dalam ujian medsi rata-rata ramai juga tak dapat. Alhamdulilah syukur bila dapat peluang ni ya Allah.

Ok. Ringkasnya, rasa macam singkat je masa. Hari jumaat malam baru boleh buat semakan di laman web UPSI http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/. Hari rabu minggu tu terus ke UPSI.

Seawal 4 pagi dah bertolak ke UPSI bersahur di kedai mamak dengan abah sementara menunggu pakcik datang ambik. Abah mintak tolong dengan pakcik sebab tak biasa ke sana. Alhamdulilah dari Jerantut ke Perak lebih kurang 3 setengah jam sahaja itu pun ada berhenti untuk solat subuh di Genting Sempah. Sampai sewal jam 7 terus mencari UPSI, apabila sampai opsss bukan disitu rupanya di building lain lebih 7km mengikut pak guard disitu terus uturn dan mencari building tersebut. Untuk pengetahuan semua UPSI mempunyai dua kampus iaitu kampus baru dan lama. Kampus baru terletak di Proton City atau lebih dikenali kampus Sultan Azlan Shah manakala kampus lama pula Sultan Abdul Jalil. 

Alhamdulilah sampai di blok 8 dan terus mencari bilik 13. Terus ambik tempat duduk dan borak2 dengan rakan sebelah pasal stpm, subjek, pointer dan lain-lain. Tak lama tu datang pegawai untuk check nama & check fail yang dibawa seperti sijil stpm, sijil lahir& sijil lain mengikut surat tawaran temuduga tu. Lepastu, tunggulah sehingga nama korang dipanggil. Sementara menunggu tu,  rasa tergugat gila hahahaha tengok sekeliling beriya-iya study dok cari maklumat itu ini siap buat note lagi. Fuhh, act aku memang study serba sedikit sebelum datang sini tapi bila tengok sekeliling bersungguh kita pun apa lagi dah jadi serba tak kena terus la google serba sedikit isu semasa,  kabinet, kementerian , politik dan lain-lain.

Pukul 9.45 gitu nama aku dipanggil. Temuduga buat by group sekali dipanggil 3 ke 4 orang. First masuk berdebar dia fuhhhhh. Awal2 lagi kawan dah pesan jangan nervous sangat takut blur. Jawab je apa yang ditanya dengan tenang. TENANG. 

Ok. Sabar...... nak cerita la ni. Soalan dia tanya macam borak biasa je. Contohnya isu semasa *in english, biodata, simulasi mengajar dan berkaitan kos yang dipohon misalnya kalau ambik kos sejarah mungkin tokoh sejarah. Macam aku penemuduga tu tanya kenapa pilih bidang cikgu, dan aku cakap sebab minat tamabahan pulak dalam kelas suka mengajar kawan-kawan. Apa lagi penemubual suruh aku mengajar. Tapi apa? Tenang. Terus capai marker di whiteboard acah-acah lah menngajar.

Penemuduga akan rujuk sijil-sijil kita dan dari situ soalan akan ditanya. Contoh nya my partner ada terlibat dengan Pertandingan debat parlimen. So dari situ dia create soalan tanya macam2.

Ada je penemuduga tanya perihal tempat sekeliling. Soalan yang tanya sangat terjangka. 

Jawablah dengan tenang dan penuh yakin. Jangan gusar dan gentar ya. Speaking je dengan konpiden jangan risau broken ke apa. Ok selamat berjaya bagi yang menduduki temuduga. Bye. Jumpa lagi !.. :)

semoga berjaya.

//edit


22 ulasan:

  1. Hi, thank you for sharing your experience here!!! Saya pon dapat tenuduga di upsi juga lepas raya ni and kebetulan course yg saya apply tu sama dgn awak. Tapi sy lepas utk kesusasteraan melayu je. Im quite nervous & hopefully everything goes well nanti. Boleh tanya, ada tak group member yg ditemuduga subjek sastera melayu? If ada, boleh tahu tak what kind of question yg mereka akan tanya? Thank you again!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama :) saya pun berharap penulis dapat berkongsi soalan

      Padam
    2. saya pun dapat temuduga lepas raya.. dapat sains dan biologi.. tahun ni kena megajar jugak ke? sapa yang dh temuduga tahun ni? TT

      Padam
    3. Sy pon trpilih jugak, harap penulis share soalan2 y ditanya lagi😁

      Padam
    4. Saya pun terpilih untuk temuduga dalam course teknologi maklumat lepas raya ni (20/06/2019). Moga soalannya mudah untuk dijawab tanpa nervous huhuhu

      Padam
    5. Salam semua. Maaf di atas kelewatan. Ada juga saya bertanya kawan-kawan. Semua soalan yang ditanya lebih kurang sahaja. Contohnya, penemuduga bertanya tentang persekitaran tempat tinggal, penglaman. Ada diminta untuk bercerita tentang puisi serba sedikit, bersajak. Tenang-tenang sahaja, semua adalah bergantung pada panel.

      Padam
  2. Awak, saya 18/6 ni nak attend iv upsi, kos sama dengan awak. Saya nak tanya, time iv tu kan awak mmg pakai fully english ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same la sye pon 18/6 ni iv at upsi jgk. Tpi kos yg berbeza

      Padam
    2. salam. mix english & bm. tapi ada juga disoal oleh penemuduga dalam english.

      Padam
  3. Balasan
    1. Salam. Bergantung atas kos. Kalau tak salah kos Pendidikan Islam/B. Arab selepas temuguda, ada ujian bertulis. Kos saya yang saya pohon tidak ada.

      Padam
  4. Salam nak tanya. Selepas medsi dan interview ni ader ujian kecergasan ker?

    BalasPadam
  5. Salam...ada x ujian colour blind ntuk ismp Sejarah?

    BalasPadam
  6. Salam...ada x ujian colour blind ntuk ismp Sejarah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam. saya nak tanya boleh tak. boleh ke kalau diploma saya ambil pendidikan awal kanak2 pastu degree saya ambil course lain.

      Padam
  7. Ok gais ,sya akan ditemuduga esok untuk diploma sain dan kejurulatihan secara online, nak minta kekawan kat sini boleh bagi tak group yg dah ditemuduga, tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. GUDLUCK YA DIK..buat trbaik.. disini akak nak share ya..kalau ade yg minat program under USPSI PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). ade program twiniing UPSI -REGENT INTERNATIONAL KAMPUS DI SEREMBAN -MASIH BOLE MEMOHON TAPI KENE CEPAT YA..

      Padam
  8. Assalamualaikum kak,upsi ada x buat pengambilan open intake utk pendidikan khas punya? Btw 2/6 nnti saya ada ujian medsi, akak ada x tips utk ujian tu. Dgr cite ujian medsi tu ssh nk lulus. Nervous pulak saya. Saya hrp sgt dpt lulus ujian medsi and temuduga skli. Hrpla ada rezeki saya nk smbung bljr kat upsi 😊

    BalasPadam
  9. Salam kak nk tanya..nanti kalau nak tukar course blh x?..sbb pilihan 1 saya pendidikan sejarah tapi saya dapat pilihan nom 2 iaitu pendikan bahasa melayu..mohon pencerahan

    BalasPadam
  10. Assalam kak. Nak tnya. Saya ambik Diploma Bahasa Inggeris. Tapi kalau contohnya untuk sambung degree nnti, boleh tak kalau sy nak mohon course Bahasa Melayu dan Tesl ? Mohon pencerahan dari akak dan harap akak dapat menjawab persoalan saya πŸ€—

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah. saya pun ingat nak buat cam tu gak

      Padam
  11. assalamualaikum. saya nak tanya boleh ke kalau saya nak ambil course diploma pendidikan awal kanak2. lepastu masa degree nak ambil course lain.

    BalasPadam

TIPS untuk melentik bulu mata secara alami.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin b...