UPSI
Salam semua. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur perasaan ini. Semalam (31/7/2018) adalah tarikh semakan UPU bagi STPM dan setaraf.
Seminggu sebelum tarikh semakan berdebar bukan main, ye lah kan macam-macam bermain di kepala. Apatah semalam, menanti jam 12.00 t/hari fuhhhh penuh debaran sambil menanti info di group whatApss kelas. Ya, menanti perkhabaran gembira daripada guru dan rakan kelas.
Alhamdulilah, syukur, syukur, dan syukur......... agak lambat semakan sebabkan takut, jadi tunggu kawan-kawan dulu. Bila dapat tahu kawan-kawan ada dapat, maka aku pun minta link http://jpt.umt.edu.my/upu/ dan semak. Selepas beberapa ketika, keputusan pun keluar... Jeng,jeng,jeng......
Yes, aku berjaya ditawarkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan kepujian. Ini adalah pilihan pertama yang aku pohon dalam permohonan UPU yang lalu. Ini adalah rezekiku dan pulangan hasil kerja keras.
Itu sahaja perkongsian pada hari ini, sampai berjumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan