Ahad, 10 Mac 2019

SENARAI SEMAK KEPERLUAN YANG PERLU UNTUK KE ASRAMA/KOLEJ/UNI.

Dengan adanya senarai semak pasti barangan keperluan tidak keciciran sewaktu membeli dan mempersiapkan sebelum ke asrama, kolej ataupun uni. Senarai semak terbahagi kepada beberapa seksyen. Contohnya keperluan dari segi dokumen dan lain-lain.



SENARAI BARANG

CATATAN

WAJIB

  1. Salinan kad pengenalan pelajar dan ibu bapa
  2. Salinan slip SPM pelajar
  3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
  4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
  5. Slip penyata gaji ibu bapa
  6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
  7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
  8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY *medical check up
  9. Gambar passport (4 keping ke atas)
  10. Ptptn –sampul surat/dokumen berkenaan

PAKAIAN

  1. Baju kurung, jubah
  2. T-shirt, kemeja lengan panjang/pendek
  3. T-shirt lengan panjang *putih
  4. Tracksui
  5. Slack,
  6. Jeans
  7. Kain batik
  8. Sweater/cardigan
  9. Kain hitam dan baju kurung putih
  10. Tudung hitam
  11. Anak tudung
  12. Pakaian /kain dalam
  13. Pakaian di kediaman
  14. Pakaian *outing/shoping/jalan-jalan
  15. Pin/kerongsang tudung
  16. Tudung
  17. Handshock
  18. Sapu tangan


FOOTWEAR

  1. Kasut yang bertutup
  2. Kasut sukan
  3. Flip flop/selipar
  4. Sandal untuk jalan-jalan
  5. Stoking
  6.  






*adik-beradik

















*tshirt/kemeja/kurung putih kegunaan semasa orientasi





SENARAI BARANG

CATATAN

TOILETERIES

  1. Sabun mandi
  2. Syampu
  3. Pencuci muka
  4. Ubat gigi & berus gigi
  5. Span badan
  6. Shaver


LAUNDRY

  1. Baldi
  2. Bakul kecil *letak alatan mandi
  3. Gayung
  4. Bakul kain
  5. Sabun basuh baju
  6. Pelembut kain
  7. Peluntur
  8. Hanger (jemur/gantung dalam almari)
  9. Penyepit baju
  10. Hanger bulat kecil
  11. Berus basuh baju


STATIONARY

  1. Test pad
  2. ALAT TULIS : Pen, pensil, liquid paper/correction tape, rulers, erasers, glue, scissor, highlighter, pensil tekan,
  3. Fail *subjek
  4. A4 papers
  5. Kertas warna
  6. Stapler
  7. Penebuk lubang
  8. Paper clip
  9. Buku nota/
  10. Tali kad matriks






SENARAI BARANG

CATATAN

ROOM

  1. Cadar and sarung bantal- 2
  2. Bantal
  3. Selimut/comforter
  4. Tong sampah kecil
  5. Alas kaki
  6. Padlock (untuk locker)
  7. Pewangi bilik
  8. Plastic bags
  9. Cermin kecil
  10. Newspaper/kertas minyak/ alas dalam almari
  11. Calendar
  12. Kertas sampul hadiah untuk board
  13. Alas meja- meja study
  14. Cangkuk sticker/cangkuk S
  15. Tuala besar/kecil
  16. Span/ sabun basuh pinggan
  17. Febreeze
  18. Spray nyamuk
  19. Pen holder
  20. Teddy bear/ bolster
  21. Bakul sampah
  22. Plastik sampah kecil


MAKANAN

         1.    Stok makanan macam biskut/roti/ jajan/nestum
         2.    Air 3 in 1/air kotak/kordial/gula dll
         3.    Buah
         4.     


GADJET/ELEKTRIK

  1. Laptop & charger
  2. Handphone & charger & earphone & powerbank Pendrive
  3. Iron
  4. Iron board
  5. Heater
  6. Extension wire
  7. Printer








SENARAI BARANG

CATATAN

PERSONAL CARE

  1. Deodorant
  2. Bedak wangi/baby
  3. Perfume
  4. Cotton buds
  5. Nail clipper
  6. Sikat
  7. Minyak rambut
  8. Tisu
  9. Make up
  10. Pewangi
  11. Pad
  12. Getah rambut/sepit/cekak
  13. Losyen


EMERGENCY KIT

          1.    Ubat-ubatan *demam/selsema/batuk
          2.    Minyak gamat
          3.    Hansaplast plaster
  1. Minyak angin/panas
  2. Ubat pil chi kit aun *berkesan sekira cirit-birit


RELIGIOUS THING

  1. Al-quran
  2. Yassin
  3. Telekung & sejadah
  4.  

OTHERS

1.      Tuperware/bekas makanan/pinggan/cawan/sudu garfu
2.      Botol air/ bekas air
3.      Beg untuk kuliah
4.      Kotak letak buku
5.      Buku nota
6.      Sticker note
7.      Bag laptop
8.      Kamus
9.      Penyapu
10.  Tikar/karpet
11.   Handbag
12.   

 *tambah apa yang kurang. Boleh komen dibawah :) SEMOGA BERMANFAAT. 

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN SEBAGAI MAHASISWA/I





Jumaat, 16 November 2018

Assalamualaikum... Hai apa khabar, lama tak updated dekat blog. Maklumlah sibuk sangat sejak bergelar mahasiswi. Alhamdulillah, seronok berada di bumi bertuah @TanjungMalim.

Jadi, sudah hampir 3 bulan di UPSI. Setakat ni, seronok  Semua baik-baik sahaja.


Selasa, 31 Julai 2018

Pilihan Pertama 'REZEKI KU'
UPSI 


Salam semua. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur perasaan ini. Semalam (31/7/2018) adalah tarikh semakan UPU bagi STPM dan setaraf. 

Seminggu sebelum tarikh semakan berdebar bukan main, ye lah kan macam-macam bermain di kepala. Apatah semalam, menanti jam 12.00 t/hari fuhhhh penuh debaran sambil menanti info di group whatApss kelas. Ya, menanti perkhabaran gembira daripada guru dan rakan kelas. 

Alhamdulilah, syukur, syukur, dan syukur......... agak lambat semakan sebabkan takut, jadi tunggu kawan-kawan dulu. Bila dapat tahu kawan-kawan ada dapat, maka aku pun minta link http://jpt.umt.edu.my/upu/ dan semak. Selepas beberapa ketika, keputusan pun keluar... Jeng,jeng,jeng......

Yes, aku berjaya ditawarkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan kepujian. Ini adalah pilihan pertama yang aku pohon dalam permohonan UPU yang lalu. Ini adalah rezekiku dan pulangan hasil kerja keras.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini, sampai berjumpa lagi.



Ahad, 10 Jun 2018

Pengalaman temuduga UPSI (part1)

Hai semua.

Alhamdulilah, minggu lepas 6.6.2018 aku dah ke UPSI, Tanjung Malim di Perak untuk temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu).
Dapat temuduga bermakna ujian Medsi lulus. Syukur, syukur dan syukur ya Allah.

Sebelumnya, rasa macam tak yakin akan dapat temuduga sebab bila baca review dan pengalaman orang dalam ujian medsi rata-rata ramai juga tak dapat. Alhamdulilah syukur bila dapat peluang ni ya Allah.

Ok. Ringkasnya, rasa macam singkat je masa. Hari jumaat malam baru boleh buat semakan di laman web UPSI http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/. Hari rabu minggu tu terus ke UPSI.

Seawal 4 pagi dah bertolak ke UPSI bersahur di kedai mamak dengan abah sementara menunggu pakcik datang ambik. Abah mintak tolong dengan pakcik sebab tak biasa ke sana. Alhamdulilah dari Jerantut ke Perak lebih kurang 3 setengah jam sahaja itu pun ada berhenti untuk solat subuh di Genting Sempah. Sampai sewal jam 7 terus mencari UPSI, apabila sampai opsss bukan disitu rupanya di building lain lebih 7km mengikut pak guard disitu terus uturn dan mencari building tersebut. Untuk pengetahuan semua UPSI mempunyai dua kampus iaitu kampus baru dan lama. Kampus baru terletak di Proton City atau lebih dikenali kampus Sultan Azlan Shah manakala kampus lama pula Sultan Abdul Jalil. 

Alhamdulilah sampai di blok 8 dan terus mencari bilik 13. Terus ambik tempat duduk dan borak2 dengan rakan sebelah pasal stpm, subjek, pointer dan lain-lain. Tak lama tu datang pegawai untuk check nama & check fail yang dibawa seperti sijil stpm, sijil lahir& sijil lain mengikut surat tawaran temuduga tu. Lepastu, tunggulah sehingga nama korang dipanggil. Sementara menunggu tu,  rasa tergugat gila hahahaha tengok sekeliling beriya-iya study dok cari maklumat itu ini siap buat note lagi. Fuhh, act aku memang study serba sedikit sebelum datang sini tapi bila tengok sekeliling bersungguh kita pun apa lagi dah jadi serba tak kena terus la google serba sedikit isu semasa,  kabinet, kementerian , politik dan lain-lain.

Pukul 9.45 gitu nama aku dipanggil. Temuduga buat by group sekali dipanggil 3 ke 4 orang. First masuk berdebar dia fuhhhhh. Awal2 lagi kawan dah pesan jangan nervous sangat takut blur. Jawab je apa yang ditanya dengan tenang. TENANG. 

Ok. Sabar...... nak cerita la ni. Soalan dia tanya macam borak biasa je. Contohnya isu semasa *in english, biodata, simulasi mengajar dan berkaitan kos yang dipohon misalnya kalau ambik kos sejarah mungkin tokoh sejarah. Macam aku penemuduga tu tanya kenapa pilih bidang cikgu, dan aku cakap sebab minat tamabahan pulak dalam kelas suka mengajar kawan-kawan. Apa lagi penemubual suruh aku mengajar. Tapi apa? Tenang. Terus capai marker di whiteboard acah-acah lah menngajar.

Penemuduga akan rujuk sijil-sijil kita dan dari situ soalan akan ditanya. Contoh nya my partner ada terlibat dengan Pertandingan debat parlimen. So dari situ dia create soalan tanya macam2.

Ada je penemuduga tanya perihal tempat sekeliling. Soalan yang tanya sangat terjangka. 

Jawablah dengan tenang dan penuh yakin. Jangan gusar dan gentar ya. Speaking je dengan konpiden jangan risau broken ke apa. Ok selamat berjaya bagi yang menduduki temuduga. Bye. Jumpa lagi !.. :)

semoga berjaya.

//edit


Jumaat, 25 Mei 2018

Penglaman Ujian MedSI

MedSI di UIAM, Indera Mahkota Kuantan (20 Mei 2018)

Nak masuk U kan ? Bahagian pendidikan ? Nak jadi cikgu ? #teachertobe Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Sudah semestinya wajib mengambil ujian Medsi. Apa tu Medsi ? Medsi adalah Malaysian Educators Selection Inventory atau akronimnya MEDSI. I lepasan STPM 2016/17 SO, there is my experience on Medsi test.

Sebelum masuk lab atau tempat yang korang ke ambik Medsi kena sign dulu ada pegawai akan tunggu dan masuklah bila korang dipanggil. 

Haaa, jangan risau, gentar, gemuruh, terkencing study ke apa pulak. Soalan ni bukannya macam exam di sekolah ya kawan-kawan. Soalan Medsi adalah lebih kurang 300 soalan merangkumi beberapa bahagian . Tempoh masa yang diberikan sejam. Jawab dalam komputer ya klik setuju/tidak setuju/sangat sejutu/sangat tidak setuju/ ada lagi pilihan jawapan maaf ya lupa. So, dalam makmal/library yang korang ditempatkan untuk jawab Medsi tu bunyi mouse je (klik2) hehehe. Hitamkan jawapan tu pastikan jangan tertinggal ya. Akhir lepas jawab Medsi tu jawablah soal selidik yang disediakan sebelum korang reload tu ya kawan-kawan.

Selamat berjaya bagi yang menduduki Medsi :) 





TIPS untuk melentik bulu mata secara alami.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin b...