Selasa, 31 Julai 2018

Pilihan Pertama 'REZEKI KU'
UPSI 


Salam semua. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur perasaan ini. Semalam (31/7/2018) adalah tarikh semakan UPU bagi STPM dan setaraf. 

Seminggu sebelum tarikh semakan berdebar bukan main, ye lah kan macam-macam bermain di kepala. Apatah semalam, menanti jam 12.00 t/hari fuhhhh penuh debaran sambil menanti info di group whatApss kelas. Ya, menanti perkhabaran gembira daripada guru dan rakan kelas. 

Alhamdulilah, syukur, syukur, dan syukur......... agak lambat semakan sebabkan takut, jadi tunggu kawan-kawan dulu. Bila dapat tahu kawan-kawan ada dapat, maka aku pun minta link http://jpt.umt.edu.my/upu/ dan semak. Selepas beberapa ketika, keputusan pun keluar... Jeng,jeng,jeng......

Yes, aku berjaya ditawarkan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan kepujian. Ini adalah pilihan pertama yang aku pohon dalam permohonan UPU yang lalu. Ini adalah rezekiku dan pulangan hasil kerja keras.

Itu sahaja perkongsian pada hari ini, sampai berjumpa lagi.



Ahad, 10 Jun 2018

Pengalaman temuduga UPSI (part1)

Hai semua.

Alhamdulilah, minggu lepas 6.6.2018 aku dah ke UPSI, Tanjung Malim di Perak untuk temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) dengan kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu).
Dapat temuduga bermakna ujian Medsi lulus. Syukur, syukur dan syukur ya Allah.

Sebelumnya, rasa macam tak yakin akan dapat temuduga sebab bila baca review dan pengalaman orang dalam ujian medsi rata-rata ramai juga tak dapat. Alhamdulilah syukur bila dapat peluang ni ya Allah.

Ok. Ringkasnya, rasa macam singkat je masa. Hari jumaat malam baru boleh buat semakan di laman web UPSI http://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/. Hari rabu minggu tu terus ke UPSI.

Seawal 4 pagi dah bertolak ke UPSI bersahur di kedai mamak dengan abah sementara menunggu pakcik datang ambik. Abah mintak tolong dengan pakcik sebab tak biasa ke sana. Alhamdulilah dari Jerantut ke Perak lebih kurang 3 setengah jam sahaja itu pun ada berhenti untuk solat subuh di Genting Sempah. Sampai sewal jam 7 terus mencari UPSI, apabila sampai opsss bukan disitu rupanya di building lain lebih 7km mengikut pak guard disitu terus uturn dan mencari building tersebut. Untuk pengetahuan semua UPSI mempunyai dua kampus iaitu kampus baru dan lama. Kampus baru terletak di Proton City atau lebih dikenali kampus Sultan Azlan Shah manakala kampus lama pula Sultan Abdul Jalil. 

Alhamdulilah sampai di blok 8 dan terus mencari bilik 13. Terus ambik tempat duduk dan borak2 dengan rakan sebelah pasal stpm, subjek, pointer dan lain-lain. Tak lama tu datang pegawai untuk check nama & check fail yang dibawa seperti sijil stpm, sijil lahir& sijil lain mengikut surat tawaran temuduga tu. Lepastu, tunggulah sehingga nama korang dipanggil. Sementara menunggu tu,  rasa tergugat gila hahahaha tengok sekeliling beriya-iya study dok cari maklumat itu ini siap buat note lagi. Fuhh, act aku memang study serba sedikit sebelum datang sini tapi bila tengok sekeliling bersungguh kita pun apa lagi dah jadi serba tak kena terus la google serba sedikit isu semasa,  kabinet, kementerian , politik dan lain-lain.

Pukul 9.45 gitu nama aku dipanggil. Temuduga buat by group sekali dipanggil 3 ke 4 orang. First masuk berdebar dia fuhhhhh. Awal2 lagi kawan dah pesan jangan nervous sangat takut blur. Jawab je apa yang ditanya dengan tenang. TENANG. 

Ok. Sabar...... nak cerita la ni. Soalan dia tanya macam borak biasa je. Contohnya isu semasa *in english, biodata, simulasi mengajar dan berkaitan kos yang dipohon misalnya kalau ambik kos sejarah mungkin tokoh sejarah. Macam aku penemuduga tu tanya kenapa pilih bidang cikgu, dan aku cakap sebab minat tamabahan pulak dalam kelas suka mengajar kawan-kawan. Apa lagi penemubual suruh aku mengajar. Tapi apa? Tenang. Terus capai marker di whiteboard acah-acah lah menngajar.

Penemuduga akan rujuk sijil-sijil kita dan dari situ soalan akan ditanya. Contoh nya my partner ada terlibat dengan Pertandingan debat parlimen. So dari situ dia create soalan tanya macam2.

Ada je penemuduga tanya perihal tempat sekeliling. Soalan yang tanya sangat terjangka. 

Jawablah dengan tenang dan penuh yakin. Jangan gusar dan gentar ya. Speaking je dengan konpiden jangan risau broken ke apa. Ok selamat berjaya bagi yang menduduki temuduga. Bye. Jumpa lagi !.. :)

semoga berjaya.

//edit


Jumaat, 25 Mei 2018

Penglaman Ujian MedSI

MedSI di UIAM, Indera Mahkota Kuantan (20 Mei 2018)

Nak masuk U kan ? Bahagian pendidikan ? Nak jadi cikgu ? #teachertobe Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
Sudah semestinya wajib mengambil ujian Medsi. Apa tu Medsi ? Medsi adalah Malaysian Educators Selection Inventory atau akronimnya MEDSI. I lepasan STPM 2016/17 SO, there is my experience on Medsi test.

Sebelum masuk lab atau tempat yang korang ke ambik Medsi kena sign dulu ada pegawai akan tunggu dan masuklah bila korang dipanggil. 

Haaa, jangan risau, gentar, gemuruh, terkencing study ke apa pulak. Soalan ni bukannya macam exam di sekolah ya kawan-kawan. Soalan Medsi adalah lebih kurang 300 soalan merangkumi beberapa bahagian . Tempoh masa yang diberikan sejam. Jawab dalam komputer ya klik setuju/tidak setuju/sangat sejutu/sangat tidak setuju/ ada lagi pilihan jawapan maaf ya lupa. So, dalam makmal/library yang korang ditempatkan untuk jawab Medsi tu bunyi mouse je (klik2) hehehe. Hitamkan jawapan tu pastikan jangan tertinggal ya. Akhir lepas jawab Medsi tu jawablah soal selidik yang disediakan sebelum korang reload tu ya kawan-kawan.

Selamat berjaya bagi yang menduduki Medsi :) 





TIPS untuk melentik bulu mata secara alami.

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan pembaca. Sudah lama saya, tidak mencoret di ruang blog ini. Maka pada hari ini, saya ingin b...